Redeem Minuman Percuma ZUS Coffee & Beli Burger di Burger Boys

Breakfast dan lunch dah rajin masak, dinner tak berapa rajin dah. Tak sampai ke malam rajinnya. Hihi. Sebenarnya petang tadi keluar nak ambil tudung kat Hana Collection dan sekali nak ke Kedai Eco nak beli hadiah untuk kursus hari Rabu. Tu yang tak masak dah dinner.

Anak-anak pulak request nak Zus Coffee. Kebetulan nak redeem complimentary drink dapat masa upgrade ke Zus Elite hari tu. Voucher tu kena redeem sebelum 16 September. Sementara ingat ni terus jela redeem.


Redeem Minuman Percuma ZUS Coffee & Beli Burger di Burger Boys



Order Zus Coffee Via Apps

Macam biasa la Cie order melalui apps je. Boleh pilih pick up. Senang nanti dah siap boleh terus ambil je tak perlu menunggu lama. 


Depan kedai ZUS Coffee Kuala Lipis

  • Iced Spanish Latté - yang ni biasa la untuk Cie. RM11.20. Cie pilih boss.
  • Iced Matcha Latté - untuk kakak Raisha RM12.20.
  • Creamy Mango - adik Rania RM10.20

Creamy Mango ZUS Coffee

Iced Spanish Latte ZUS Coffee

Iced Matcha Latte ZUS Coffee


Redeem Complimentary Drink Zus Coffee

Boleh redeem air apa-apa je dan biasanya akan ditolak harga air paling murah. Memang biasa dah mana-mana pun sama je. Mereka pun nak untung jugak kan. Oleh kerana creamy mango tu paling murah RM10.20 so yang tu la dapat free tu. Ok jela kan janji dapat redeem.


Voucher redeem minuman percuma ZUS Coffee



Beli Burger Untuk Dinner Di Burger Boys

Cie rasa nak makan burger je untuk dinner. Dah minum Zus tu kan so malas nak makan yang berat sangat. Beli burger di Burger Boys jela. Burger kat situ sedap. Husband je yang turun beli, kami tunggu dalam kereta je. Yang buat burger tu kawan sekelas masa darjah 1 hingga darjah 6, kawan sekampung. Dia kerja kat Burger Boys tu.


Depan kedai Burger Boys Kuala Lipis


Burger Boys ni ada kedai makan masakan panas kat Bandar Baru Kuala Lipis. Yang kedai kat bus stop ni cawangan kedua la kiranya.

Tadi kami beli:
  • Burger ayam crispy taknak sos untuk kakak Raisha
  • Burger ayam taknak sos untuk ibu dan adik Rania

Burger ayam Burger Boys Kuala Lipis

Burger ayam crispy Burger Boy


Babahnya beli burger apa taktau la sampai rumah dia dah ngap dulu sebelum sempat Cie snap gambar.

Burger kat situ ada hirisan tomato dan salad. Roti burger pun yang ada bijan tu. Lain dari kedai burger lain yang kosong je ban burger tu takde bijan atasnya. Sos blackpepper dan cheese sauce pun sedap. Macam kami order burger takde sos cili, cuma ada sos blackpepper, mayonis dan cheese sauce.


Menu Dinner Western

Belah siang dah masakan melayu, belah malam menu western la pulak. Cuma malas dah nak goreng fries je tadi. Sebab anak-anak kata kenyang dah minum Zus tu. So makan burger jela kami. Selalunya kalau beli burger, Cie tambah goreng fries.

Air Zus anak-anak dah habiskan dari dalam kereta je. Cie punya ada lagi minum sekali masa makan burger. Selesai kisah makan-makan hari ni. Esok dah kembali kepada rutin biasa kerja dan anak-anak sekolah. Tak sabar nak tunggu weekend cuti 4 hari.


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. minum kopi/teh yg ada susu mmg boleh kenyang...

    BalasPadam
  2. Babah dah lapar sangat tu. Sampai rumah dah ngap.. nasib tak ngap masa dalam kerete lagi.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang lelaki ni tak memahami kaum wanita nak buat content 😆

      Padam
  3. SY pun dpt complimentary tu tp belum redeem lagi =D

    BalasPadam
  4. Sedapnya tengok minuman dari Zus Coffee. Time panas tengahari minum minuman ni, mesti best, sejuk je tekak.

    BalasPadam
  5. boys je ke yg ingat makan? girls tak ingat mkn ke? hahaha

    BalasPadam
  6. senang kalau anak-anak nak yg simple jer, jimat masa

    BalasPadam
  7. Untung lah dapat air ZUS free. Burger tu memang nampak sedap.

    BalasPadam
  8. Saya dari dulu suka burger yg street food begini. Selalunya minta saus jangan banyak, supaya rasa patty burger tak tertutup. Biasa kalo balik ke Penang, pasti cari burger begini. 😍😍. Jakarta pun ada, tapi tuhlaah, yg sedap jauh dr rumah saya 😅

    BalasPadam
  9. Zus pun akak dah lama x minum la...family yang suka makan simple je ok x kisah beli makanan macam ni...tapi abah akak...mesti nak nasi gak...suami pun simple je..

    BalasPadam
  10. MZ pun dh lama tak beli apa2 minuman kat zuss ni...emmm alasannya konon2 nak cut sugar ni...

    BalasPadam
  11. Saya pun selalu pesan kopi guna apps je senang. Tahu-tahu sampai dah siap untuk pick up. Senang macam tu kan. Lagi untung dapat percuma tu.
    Malam-malam biasanya nak makan simple-simple. Makan burger pun kenyang juga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.