Sidang Kopi : Port Kopi & Makan di Kuala Lipis

Sempena birthday kakak Raisha semalam, ibu tanya dia nak kek apa-apa tak. Jawapannya nak kek red velvet kat Bakers Cottage je. Daripada beli kek je Cie pun macam terfikir nak ajak mengopi di Sidang Kopi je. Last ke situ tahun 2019 Cie ada buat 1 artikel bertajuk Sidang Kopi Kuala Lipis.

Waktu lunch Cie tak masak. Semua takde rasa lapar. Cie pun suggest untuk mengopi di situ jela sambil makan kek. Kakak Raisha pun setuju. Dalam pukul 2 lebih tadi kami pun keluar. 


Pandangan hadapan sidang kopi kuala lipis


Suasana di Sidang Kopi

Masuk je ke dalam Sidang Kopi suasana di dalamnya masih sama. Dekorasi pun masih sama. Lamanya kami tak mengopi di situ. Kat luar ada sekumpulan kaum lelaki menikmati kopi sambil berborak. Di dalam pula cuma ada 1 meja dengan 2 orang pelanggan wanita sedang menikmati kopi dan kek.


Suasana di dalam sidang kopi kuala lipis

Anak-anak penulis di dalam kedai sidang kopi

Penulis bersama suami di dalam kedai sidang kopi



Menu Kopi dan Minuman Yang Ditawarkan

Dah nama pun Sidang Kopi kan mestilah menu utamanya adalah minuman berasaskan kopi. Aroma kopinya memang cukup padu. Sesuai untuk pencinta kopi. Tapi bagi yang tidak meminati kopi jangan risau. Ada juga minuman versi milkshake, chocolate, peach tea, lemon tea dihidangkan di situ.


Senarai harga makanan dan minuman dipamerkan di sidang kopi



Menu Makanan 

Selain kopi, ada juga makanan ringan-ringan dan juga nasi tapi takdela banyak pilihan sangat. Ada kek, cookies, pastry, sandwich dan juga nasi. Sekadar ada jela rasanya sebab main product mereka adalah kopi.


Menu Pilihan Kami

Antara menu pilihan kami di Sidang Kopi adalah:

  • Iced Caramel Latte - Faiz
  • Iced Hazelnut Latte - Cie
  • Ice Lemon Tea - Raisha
  • Ice Peach Tea - Rania
  • Chicken Sandwich
  • Kula Mango’s Cheese Cake
  • Burnt Cheese Cake
  • Nasi Chicken Buttermilk

Minuman ice peach tea dan ice lemon tea

Pesanan iced caramel latte dan iced hazelnut latte


Total semua ni tadi RM92. Harga keras sikit tapi boleh la sekali sekala kan. Ibu belanja sempena birthday kakak Raisha. Mulanya tadi babah nak bayar. Takpela ibu belanja.


Jumlah harga bayaran di sidang kopi


Kalau sesiapa pernah makan Mango Cheese Cake tu yang kat Kuantan tu. Kula Cake tu. Rasanya ni pun mesti mereka ambil dari sana juga. Cumanya agak keras bahagian atas tu. Mungkin mereka storage dalam freezer. Kena tunggu lama kot baru defrost. Ketuk dengan fork tu pun ada bunyi keras. Tapi boleh jela makan cuma kena tunggu cair sikit.


Sepotong Kula mango cheese cake di dalam pinggan


Pilihan kakak Raisha Burnt Cheese Cake. Cie rasa juga tadi sedap rasa cheese padu. Makan sejuk-sejuk memang sedap.


Sepotong burnt cheese cake di dalam pinggan


Chicken Sandwich tu tadi adik Rania kata macam tempoyak. Hahaha. Tak sure mayonis ke apa rasa macam tu. Pernah dah makan dulu sekali takde pulak rasa macam tempoyak. Tapi habis je tadi.


Chicken sandwich dihidangkan di dalam pinggan


Nasi buttermilk chicken tu babahnya makan. Cie rasa sesudu. Ok la ayamnya lembut, buttermilk tu rasa dia boleh la ngam makan dengan nasi tu. Ada rasa pedas sikit-sikit.


Nasi buttermilk chicken di dalam pinggan


Manis, Ringkas dan Mengenyangkan

Walaupun menu nampak ringkas je tapi memang mengenyangkan. Minum pulak air bersusu segar memang cepat penuh perut. Siap makan kami terus keluar meninjau air sungai pulak. Sidang Kopi ni berdepan je dengan sungai. Dari kedai tak nampak la sungai tu sebab seberang jalan.


Pemandangan sungai jelai kuala lipis




Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Unik kedainya. Luar biasa, dalam nampak eksklusif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai bangunan lama. Cuma dalam tu di deco ala moden sikit la.

      Padam
  2. Nampak klasik kedai ni... tapi menunya moden ya
    Happy Birthday Raisha. Semoga berjaya selalu hendaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai bangunan lama. Diberi nafas baru dengan deco yang moden. Terima kasih atas ucapannya ❤️

      Padam
  3. Tinggi paras air sungai tu nampaknya.. burnt cheese cake memang sedap makan sejuk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelmarin tu hujan. Air naik sikit la. Kalau banjir tu sampai kedai tu naik air.

      Padam
  4. Belated happy birthday Kakak Raisha.
    Biar betul sandwich rasa tempoyak?. Rare tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ucapannya ❤️. Entahla perasaan kami je kot rasa tempoyak 😅

      Padam
  5. Happy birtday buat Raisha ya..happy kan kena belanja abah dan ibu..tahniah.

    BalasPadam
  6. Luar nampak macam kedai² lama namun menu moden.

    BalasPadam
  7. Sesekali kita meraikan birthday girl kan. Sedap kedua-dua kek tu. Haruslah pesan kopi kalau ke kedai kopi. Sandwich rasa tempoyak? Pelik dah tu. Bagus jugakan nasi buttermilk dia asingkan kuah tu. Ayam pun kekal rangup tak disatukan dengan kuah. Tertarik dengan tulisan cantik di black board tu.

    BalasPadam
  8. Kedai dia dari luas bertemakan vintage klasik gitu, sukalah!
    Kula cakes tu mmng glemer betul kat kuantan kan. Dia start viral dri tahun 2014 gitu tk silap. Sampai sekarang saya tk pernah rasa

    BalasPadam
  9. Oh iyaa saya terbaca yg mango cheesecake dark Kula cake itu. Cantiiik sangat bentuknya. Jadi yg di sidang cafe ini mereka ambil dari sana juga yaaa. Teringin nak Coba, terbayang pasti sedaaap sangat, mangga dipadukan dengan cheesecake 😍😍

    Ini tempatnya klasik, tapi tampilan menu dia baguus sangat. Memang menggugah selera

    BalasPadam
  10. setiap kali tgk perkataan lipis, menggamit nostalgia sgt! (bekas abg ipar MZ org lipis)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.