Beli Makanan Di 7E Cafe

Lama tak cerita pasal 7E Cafe selaku duta tidak dilantik ni. Haha. Sebelum ni ada je singgah membeli di 7E Cafe cuma tak update je dalam blog. Kang jemu pulak orang nak membaca kan asyik cerita sama je. Ni saja jela cerita supaya 7E tu tau Cie pembeli setia. Hihihi.

7e cafe kuala lipis

Tadi disebabkan takde idea nak lunch apa Cie cakap kat adik Rania kita singgah 7E Cafe jela. Mulanya adik Rania cakap singgah esok la. Esok Jumaat Cie ambil kakak Raisha dan Faiz ambil adik Rania tu yang susah la nak singgah 7E. Dah dia suruh ibu order nasi lemak dari staf ibu pulak esok. Mujur staf tu cuti dia nak ambil order nasi lemak so on la hari ni singgah 7E Cafe.

Dalam 7e cafe kuala lipis

Masuk je 7E Cafe rambang mata ye semakin banyak dah menu kat chiller display, kat kaunter. Entah mana 1 nak beli. Akhirnya beli yang sama jela. Malas nak fikir banyak. Bila dah masuk 7E Cafe kopi must buy. 

Makanan di 7e cafe



Apa Cie beli hari ni?

  • Ice Caramel Latte
  • Pasta Aglio Olio Udang
  • Pasta Carbonara
  • Chicken and slices cheese sandwich
  • Popcorn chicken with cheese sauce

Hasil belian makanan di 7e cafe

Yang bestnya bulan ni masih ada promo beli kopi dapat voucher free kopi. Hari tu kata sampai 30 September je promo tu rupanya extend lagi. Boleh redeem sampai 31 Oktober. Ada 2 dah Cie simpan. Nanti weekend boleh la redeem untuk Cie dan Faiz. Faiz terjebak dah dengan Ice Latte 7E Cafe.


Lepas siap beli terus balik rumah dan panaskan pasta aglio olio udang untuk Cie, sandwich untuk adik Rania. Terus panaskan carbonara untuk kakak Raisha balik sekolah 2 petang. Cie dan adik Rania makan selepas solat Zohor. 

Petang tadi masa tengah masak, kakak Raisha cakap teringin nak makan ais krim pulak. Ibu kesian pulak tengok muka macam teringin sangat nak makan ais krim tu. Lepas masak la pergi 7E Cafe. Dekat je dengan rumah boleh la layan. Elok je siap masak 6.25 petang, Faiz pun sampai rumah. Apa lagi terus ajak Faiz pergi. Selamat Cie tak payah drive.



Sampai 7E bukan ais krim je beli, nak coklat pulak. Ambil la seketul sorang coklat Cadbury untuk 2 beradik tu, Cie ambil Beryl’s Tiramisu. Balik rumah tengok point history tiba bertambah Graduation Reward 1500 yang akan expired 9 Oktober nanti. Sebab jadi pembeli setia kot entahla. Weekend ni la boleh redeem terus sebelum expired.

Points yang dikumpul di 7e cafe




Catat Ulasan

0 Ulasan