Kebetulan petang tak masak, malam ni nak ke Food Mania. Boleh la brisk walk sekejap. Rasa muka sebesar talam dah ni. Hahahah.
Dapat jalan-jalan petang 1km pun dah ok sangat. Lagipun penat hari ni dari 7.30 pagi tadi sampai la pukul 1.30 ada event kat IPG jugak. Nanti la cerita entri lain. Cari idea nak mengarang dulu. Ni kita cerita kesah brisk walk petang tadi.
Lalu kat depan rumah jiran geram betul tengok buah mangga bergayutan je. Kat rumah Atok tu je lebat buahnya. Anak-anak panggil Atok. Tahun lepas merasa la Atok bagi beberapa biji. Sedap buahnya.
Pokok mangga depan rumah Cie lama dah tebang. Akarnya dah nak pecahkan longkang. Lepas tu banyak kerengga dan daun kering. Malas la nak menyapu. Tebang jela. Nak makan mangga beli je.
Pusing-pusing lorong ke lorong dapat 1km dah pusing balik rumah. Ada walking pad dalam rumah pun malas jugak. Entahla mood nak bersenam tu ke laut betul walaupun muka nak setalam dah ni. Berat pun statik je tak menurun dah. Kena cari kerajinan semula ni.
10 Ulasan
try buat lompat bintang kalau malas nk jalan2 kat luar. buat 100 kali. penat tpi berkesan gak
BalasPadamcuma lutut gigil2 sikitla awal2 tu
Awal tahun hari tu jatuh & kaki masih tak ok. Jadinya tak boleh la nak melompat beria. Berjalan pun ok je ada walking pad cuma malas.
PadamHarapnya nanti bila mangga tu masak
BalasPadam"atuk" akan ingat la nak bagi cucu sebiji duaðŸ¤ðŸ¤²
Tu la kan mana tau ada rezeki.
PadamGood luck cie..rajin² BW tauu..Moga sihat selalu yer
BalasPadamTak berapa rajin tu la 😆
PadamIkut mazni, lompat bintang 100kali pun dah bercerau peluh keluar...
BalasPadamKalau dapat skipping lagi syiok...tapi, lama betul dah tak skipping
Awal tahun hari tu jatuh & kaki masih tak ok. Jadinya tak boleh la nak melompat beria. Berjalan pun ok je ada walking pad cuma malas.
PadamBerbuah lebat betul buah pelamnya..
BalasPadamYe geram tengok lebat betul.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.