Bubur Nasi RM6

Tengahari semalam sebelum ambil adik Rania, Cie singgah beli makanan kat Josi Donut. Kali ni tak beli donut. Beli kerabu maggi untuk anak-anak dan Cie repeat beli bubur nasi


Baru je lagi Selasa, Cie beli makanan kat Josi Donut jugak. Masa tu Cie beli macam-macam ada donut, waffle peanut butter dan chocolate, laksa sarang, laksa telur rebus dan juga bubur nasi. 

Makanan hari Selasa

Selasa tu Cie nak try dulu bubur nasi tu. Cie memang suka bubur nasi. 2 kali beli dalam minggu yang sama maksudnya sedap la kena dengan tekak. Sambal bilis tu pedas-pedas makan pulak dengan telur masin. Memang sedap.

Ni yang Selasa hari tu

Kalau masak sendiri selalunya Cie masak sup ayam, kangkung goreng, sambal bilis goreng, telur masin, daun sup, bawang goreng. Memang complete la bahan sampingan.

Hari Khamis repeat lagi


Pernah je masak kat rumah tapi anak-anak tak suka sangat. Tu yang malas nak masak bubur nasi sendiri. Bila jumpa yang sedap kita beli jela kalau nak makan.

Teringat dulu masa belajar di Politeknik Johor Bharu (sekarang dah tukar nama Politeknik Ibrahim Sultan), kami selalu sewa kereta pergi makan Bubur Nasi Sentosa kat Johor Bharu. Memang best bubur nasi kat situ lengkap dengan bahan sampingan.

Masa kerja di Hospital Jengka kebetulan Cie ke JB ada seminar di sana. Cie ajak geng hospital makan kat situ. Terubat rindu dapat makan Bubur Nasi Sentosa. Sekarang taktau masih ada ke tak. Rasanya gerai tepi jalan je. Tapi memang famous.

Bubur nasi ni ada orang panggil moi, ada panggil kanji. Nama je berbeza. Kat Temerloh ada jual nasi air. Lebih kurang bubur nasi ni tapi jenis makan dengan kuah sup. Kat Lipis ni pun ada jugak nasi air kat Mikha Sup Station. Yang tu makan dengan sup juga.

Masa operate gigi, Faiz belikan bubur nasi MarryBrown. Makan la bubur nasi beberapa hari. Ada juga beli yang instant just campur air panas je.

Ni taktau la minggu depan repeat lagi ke tak bubur nasi RM6 Josi Donut ni.




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Nmpk sedap..Tp sy kurang suka daun sup & bwng goreng atas apa2 jua mknn kecuali dlm tauhu bergedil =)

    BalasPadam
  2. Kt umah eqin pun suka mkn bubur nasi cmni.anak² pun suka..haritu masa demam jiran tny nk Makan apa² tak..Kita ckp bubur nasi tabir bilis goreng..dia tlg buatkan sedap Nye lahaii

    BalasPadam
  3. Kt umah eqin pun suka mkn bubur nasi cmni.anak² pun suka..haritu masa demam jiran tny nk Makan apa² tak..Kita ckp bubur nasi tabir bilis goreng..dia tlg buatkan sedap Nye lahaii

    BalasPadam
  4. Teringat bubur nasi yang makan semasa belajar di universiti dulu..

    BalasPadam
  5. di Kelate ni dipanggil nasi air. anak sy memang suka makan dgn nasi air ni. hari2 makan pun x pe...

    BalasPadam
  6. Wahhh.. 3x dia repeat bubur nasi tu. Memang sedap dan kena di tekak la kan. Cie, bubur nasi sentosa tu masih ada lagi. Nama betul dia, Bubur Nasi Istimewa No 1. Skrg dah ada beberapa cawangan, antaranya yg kita selalu pergi tu la kat Larkin. Tapi yg kat Taman Sentosa tepi jalan tu ada lagi.

    BalasPadam
  7. Bubur kalau kena yg sedap mmg repeat byk kali.. the kids kat rumah bubur mmg laju jer makan.

    BalasPadam
  8. kak ana tengah sakit gigi nih Cie, macam nak kena cari bubur nasi gak ni hehe :)

    BalasPadam
  9. Alangkah bestnya kalau dapat harga macam tu kat KL ni...

    BalasPadam
  10. Linda bubur nasi sekali semua campur dalam tu je .takde dah lauk sampingan..

    BalasPadam
  11. Sesekali dapat makan bubur emmm sedap sangat

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.