Food Mania Lipis 2025

Banyak cerita nak diceritakan tapi idea nak mengarang tu yilek. Tajuk ada tapi isi takde idea nak ditulis. Mungkin sebab terlalu penat dengan kerja yang terlalu banyak sepanjang bulan Oktober ni. Tapi tetap nak menulis juga sekurangnya 1 post setiap hari. 

Maka nya marilah kita slowly menulis story yang dah berlalu pun. Untuk disimpan sendiri sebagai catatan di dalam blog Roziah Muhammad Nor ni.

11 Oktober yang lepas sebelah malam kami mencari makan kat Food Mania di Dataran Orang Kaya Haji. Food Mania tu sempena Hari Sukan Negara. Macam tak kena kan. Hari sukan tapi ada jugak jualan makanan. Setiap tahun macam tu la. Tahun lepas ada jugak Cie join fun run. Tahun ni Cie buka Booth Hari Anestesia 2025 di IPG. Hari yang sama ada fun run juga.

Dataran orang kaya haji lipis

Lepas Isyak kami keluar ke dataran. Siap bawak tikar dan plan dengan staf nak makan-makan tengah padang tu. Tapi ramainya manusia jenuh kena beratur nak order makanan. Yang viral tak viral semuanya ramai. Berhimpit-himpit nak membeli.

Penulis di dataran orang kaya haji

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri Pahang. Lipis jadi tuan rumah. Mungkin tu la agaknya terlalu ramai orang.

Kami dapat beli chicken tenders. Yang booth chicken tenders tu masa kami sampai katanya tengah goreng. Mostly orang taknak menunggu bila seller tu cakap 10 minit kena tunggu. Cie tunggu jela sebabnya boleh jadi orang pertama dapat lepas siap goreng tu. Kalau beratur tempat lain pun sama jugak kena menunggu.

Cie order la 1 set chicken tenders RM20. Ada kentang goreng, chicken tenders tu 5 ketul, garlic sauce, cheese sauce, sos cili. Ok la harganya tu. Garlic sauce tu sedap ngam cicah dengan ayam tu.

Harga chicken tenders

Set chicken tenders

Yang kedua anak-anak nak long fries. Yang tu kena beratur. Kami orang ke 6-7 macam tu la. Mulanya tu lama jugak macam tak bergerak je barisan. Lama tu baru la bergerak. Cumanya turn Cie pun kena tunggu jugak yang baru goreng tu. Kiranya dapat makanan panas-panas.

Long fries food mania

Jadi lambat tu sebabnya production slow, product demand tinggi. Tu yang kena menunggu. Standard la kalau festival makanan gitu la kan semua orang nak mencuba makanan yang tak biasa jumpa.

Faiz pulak beli shawarma, buah rock melon dan air. Kena berpecah boleh jimatkan masa tu. Kalau semua nak beli sama-sama memang lambat la. Dapat makanan terus kami cari port untuk makan. Dapat la belah belakang tak nampak pun artis kat depan.

Air blue lagoon dan mango

Shawarma

Rock melon

Ada artis kumpulan Cherpen. Lambat jugak dia buat persembahan. Banyak jugak dia nyanyi lagu. Lagu semuanya sedap. Ada lagu yang jadi OST cerita apa entah yang Intan Najuwa bermadu dengan Ain Edruce tu.

Faiz lepas makan terus lepak dalam kereta dah. Cie, anak-anak dan staf Cie jela melepak lagi. Lepas Cherpen habis nyanyi lagu tu kami terus gerak balik. Masa tu dah pukul 11 lebih. 

Total beli makanan semua tu Faiz cakap dalam RM80. Fuhhh harga makanan kat Food Mania memang gitu lah tak terjangkau dek akal. Kalau bawak duit sikit memang tak dapat apa la.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. sesekali layan karnival okay lah, dah boleh agak harga makanan mahal

    BalasPadam
  2. Food festival ni nak tarik crowd la kan... Harga tu mmg tak leh kata apa la kan. Pergi pasar malam pun senang² boleh terbang 50 hinggit 🫣

    BalasPadam
  3. Memang mania la harga makanan kat foodfest.

    BalasPadam
  4. Memang syok apalagi kalau dengan anak2. Makan2 dan layan event.

    BalasPadam
  5. Seronok juga sekali-sekala, layan food festival.
    Saya pernah pergi sekali, masuk dan keluar tak beli apa. Sebab ramai orang.

    BalasPadam
  6. Best jgk lepak2 gini kan...Kalau event mcm ni mmg kena prepare ongkos mcm pegi mkn dkt mall =)

    BalasPadam
  7. standard dah harga kat mana2 food fest pun (termasuk dlm uia jugak)

    BalasPadam
  8. Rasanya event kat Malaysia ni walaupun event sihat pun tak lari dengan pesta makanan 😅 budaya makan dgn orang Malaysia ni dah sebati hihi

    BalasPadam
  9. Aritu kat maktab anis pun buat food fest, dia minta belanja lebih time tu sb harga kat food fest maktab mmg xmasuk akal
    pdahal budak sekolah je kot

    BalasPadam
  10. Antara perniagaan yang dah confirm ada pembeli adalah makanan kan...mahal macamana pun orang akan beli

    BalasPadam
  11. Menjana pendapatan negara😁
    Sesekali je lah.

    BalasPadam
  12. Ingatkan jagung tadi yg panjang2 bermayo tu. Terliur melihatnya.

    BalasPadam
  13. wah asek nih yang bisa berkulineran
    Acara semacam ini, memang harus bawa duit banyak

    BalasPadam
  14. Dah lama juga tak pergi food fest, sebab tak tau nak beli apa..kang anak² beli jajan² juga..

    Eh, selalunya orang tulis isi dulu, baru cari tajuk..hihi..Cie terbalik pula

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.