Faiz nak singgah kedai sup. Awal-awal Cie reject. Cie dan kakak Raisha taknak asyik makan sup je jemu jugak. Adik Rania nak sup. Ibu cadangkan makan di gerai tepi SK Clifford tu. Gerai Cendol Kaw dan Pisang Cheese. Kedainya bersebelahan.
Cie macam taknak makan nasi. Walaupun masa tu dah tengahari. Pagi tu sarapan berat dan terasa kenyang lagi. Faiz dan kakak Raisha je makan nasi. Makan nasi ayam berempah, padahal Jumaat dah makan nasi ayam berempah. Tak jemu ke? Entahla tekak mereka kan. Haaha.
Cie order pisang cheese kat gerai sebelah. Anak-anak nak air teh ais pulak kat situ. Cie order ABC kat Cendol Kaw tu. Lama tak minum ABC.
Adik Rania order mi kari. Mulanya dia nak mi sup tapi kedai tu takde mi sup. Mi kari je. Mi kari nya pekat likat. Cie makan jugak sikit si kecik tu tak habiskan katanya kenyang. Mana tak kenyang minum air teh ais lagi, minum ABC lagi.
Mi kari kat situ mereka tak potong ayam kecil-kecil tau. Memang seketul besar dia letak. Ada 2 ketul. Susah sikit la nak makan kalau besar gitu. Kalau potong kecil-kecil ok kot. Adik Rania makan tak habis, Cie dan Faiz tolong makankan. Tu pun tetap tak habis jugak. Cie dah kenyang makan pisang cheese dan ABC.
Lepas makan singgah beli sayur dulu kat Mini Ria. Bukan sayur je ye bila dah masuk situ beli kerepek cheese la, beli buah la. Beli sayur kobis bulat dan timun jepun.
Balik rumah membongkang tidur sampai petang. Penat sangat. Qada’ tidur selepas event di IPG tu Hari Sabtu tak boleh nak tidur sebab minum Ice Latte 7E. Pagi Ahad pulak dah keluar rumah penat lagi duk tengah padang. Tu yang melepek kepenatan tidur.
4 Ulasan
Teringinnya akak makan mee kari...harap minggu ni jadi la adik2 berkumpul bleh buat mee kari
BalasPadamalhamdulillah ... mee kari nampak cam best jer kan
BalasPadampanas2..makan ABC memang sedap lah
BalasPadamcuaca panas dpt abc sedap tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.