Mi Sup Daging dan Fishball

Akhirnya menjadi jugak masak mi sup daging yang dirancang dari lunch tadi. Dah beli siew pak choy dan taugeh. Tak best kalau takde sayur jadi tak lengkap hidangan. Tu yang kena beli jugak. Last minute plan macam ni la.

Mi sup daging dan fishball

Petang tadi lepas Asar Cie ke Mr Diy nak beli barang sikit dan terus la singgah ke Speedmart sebelah tu je. Tengok ada fishcake dan fishball. Fishcake tu macam tak cantik tapi expired lambat lagi. Adik Rania cakap beli fishball jela. Anak-anak je yang makan tu. Cie tak sangat. Taknak nampak kosong sup daging tu yang letak jugak fishball.

Lengkap la dah mi sup daging ada fishball, siew pak choy, taugeh, daun sup, bawang goreng, limau kasturi dan sambal kicap. Selalunya weekend nak dinner yang simple je. Lunch dah lewat sangat tadi dah nak 3 petang. Jadinya malam sesuai la mi sup daging dan fishball je.

Daging tu Cie beli minggu lepas. Rebus siap-siap dah guna periuk noxxa. Dapat la 3 bekas. 1 bekas dah masak minggu lepas sup jugak. Minggu ni mi sup pulak guna sebekas. Ada lagi 1 bekas minggu depan la pulak masak daging kicap pun sedap jugak.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. saya suka yg sup2 camni terutama musim hujan cam sekarang ni

    BalasPadam
  2. Nampak sedap...kalau makan time hujan...asyikkk

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.