Sementara tunggu baju siap dicuci dalam washing machine untuk round ketiga. Sempat la tertidur. 3 kali mesin tu berputar hari ni. Cadar bilik Cie dan bilik anak-anak, comforter anak-anak round pertama, round kedua pulak comforter Cie.
Comforter Cie tu tebal sikit jadinya tak muat nak sumbat sekali dengan anak-anak punya. Round ketiga pulak baju seharian semalam. Yang balik dari kampung semalam dah settle cuci malam tadi, pagi tadi Faiz dah bawak ke dobi untuk dryer.
Sedar-sedar je dah pukul 1.15 petang. Bangun solat, siap-siap nak ke dobi dryer 2 bakul. Keluar dengan anak-anak. Faiz baru nak balik dari kebun. Dia tanya nak makan apa. Entahla kata nak ke dobi dulu. Tanya anak-anak memang takde jawapan.
Sambil dryer baju, sambil fikir nak makan apa. Cie cakap kat anak-anak kita beli ayam gunting dan takoyaki jela nanti sambil singgah Mini Ria. Anak-anak ikut je. Siap je dryer baju dah 2 lebih. Terus ke Mini Ria.
Cie parking depan kedai makan Gerai Tomyam Din. Terus ajak anak makan situ jela sebab nampak ada bunting popis dan aiskrim goreng. Bila dah duduk dan tanya rupanya takde popis. Katanya ada masakan panas.
Kami pun order terus jela. Kami order teh o ais 2, air tembikai 1. Makanan pulak Cie order kuetiau kungfu. Anak-anak nak share je nasi goreng kampung. Sementara tunggu order sampai tu Cie whatsapp Faiz bagitau kat kedai. Masa tu dia belum balas. Faiz kat rumah dah tengah mandi la agaknya.
Sekejap je order sampai. Kakak dan adik share la makan, sekali adik kata sedap suruh Cie order lagi. Faiz call suruh order mi goreng mamak dan nes o ais. Cie pun tambah la order nasi goreng kampung lagi 1. Faiz sampai je kat kedai, makanan dia pun sampai.
Memang sedap semua makanan kat situ. Pernah je makan situ sebelum ni cuma jarang-jarang. Next time nanti boleh la makan situ lagi.
Siap makan Faiz ke kaunter bayar, kami 3 beranak ke Mini Ria nak beli taugeh, siew pak choy dan fish cake. Sekali sampai rumah fish cake tak beli. Adoi la. Yang beli cuma taugeh, siew pak choy dan buah anggur adik Rania jela. Takpela mi sup daging semata jela nanti untuk dinner.
4 Ulasan
Kalau hari-hari yang sibuk saya pun makan kat luar atau beli lauk, balik masak nasi saja. Tapi kalau tak sibuk, malas nak keluar masak kat rumah je.
BalasPadamTengok menu Cie order nampak sedap la, terutama minuman tembikai ais tu. Minum ketika cuaca panas, sejuk je tekak.
semua nampak sedap! selain bihun2 thingy, MZ suka jugak nasi goreng kampung tu :)
BalasPadamAlhamdulillah..sedap² nampak makanan nya tu
BalasPadamMemang rezekilah kalau dapat makanan sedap, siap tambah ya order nasi goreng. Mesti sedap sangat tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.