Lunch di Gerai Tomyam Din

Plan asalnya nak masak mi sup daging. Daging rebus dah memang ada dalam freezer. Cuma sayur pulak takde. Nak keluar ke dobi dryer baju baru nak singgah Mini Ria beli sayur.

Sementara tunggu baju siap dicuci dalam washing machine untuk round ketiga. Sempat la tertidur. 3 kali mesin tu berputar hari ni. Cadar bilik Cie dan bilik anak-anak, comforter anak-anak round pertama, round kedua pulak comforter Cie. 

Comforter Cie tu tebal sikit jadinya tak muat nak sumbat sekali dengan anak-anak punya. Round ketiga pulak baju seharian semalam. Yang balik dari kampung semalam dah settle cuci malam tadi, pagi tadi Faiz dah bawak ke dobi untuk dryer. 

Sedar-sedar je dah pukul 1.15 petang. Bangun solat, siap-siap nak ke dobi dryer 2 bakul. Keluar dengan anak-anak. Faiz baru nak balik dari kebun. Dia tanya nak makan apa. Entahla kata nak ke dobi dulu. Tanya anak-anak memang takde jawapan.

Sambil dryer baju, sambil fikir nak makan apa. Cie cakap kat anak-anak kita beli ayam gunting dan takoyaki jela nanti sambil singgah Mini Ria. Anak-anak ikut je. Siap je dryer baju dah 2 lebih. Terus ke Mini Ria. 

Cie parking depan kedai makan Gerai Tomyam Din. Terus ajak anak makan situ jela sebab nampak ada bunting popis dan aiskrim goreng. Bila dah duduk dan tanya rupanya takde popis. Katanya ada masakan panas.

Gerai tomyam din kuala lipis

Kami pun order terus jela. Kami order teh o ais 2, air tembikai 1. Makanan pulak Cie order kuetiau kungfu. Anak-anak nak share je nasi goreng kampung. Sementara tunggu order sampai tu Cie whatsapp Faiz bagitau kat kedai. Masa tu dia belum balas. Faiz kat rumah dah tengah mandi la agaknya.

Nasi goreng kampung di gerai tomyam din

Teh o ais dan air tembikai di gerai tomyam din

Kuetiau kungfu di gerai tomyam din

Sekejap je order sampai. Kakak dan adik share la makan, sekali adik kata sedap suruh Cie order lagi. Faiz call suruh order mi goreng mamak dan nes o ais. Cie pun tambah la order nasi goreng kampung lagi 1. Faiz sampai je kat kedai, makanan dia pun sampai.

Mi goreng mamak di gerai tomyam din

Memang sedap semua makanan kat situ. Pernah je makan situ sebelum ni cuma jarang-jarang. Next time nanti boleh la makan situ lagi.

Siap makan Faiz ke kaunter bayar, kami 3 beranak ke Mini Ria nak beli taugeh, siew pak choy dan fish cake. Sekali sampai rumah fish cake tak beli. Adoi la. Yang beli cuma taugeh, siew pak choy dan buah anggur adik Rania jela. Takpela mi sup daging semata jela nanti untuk dinner.




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kalau hari-hari yang sibuk saya pun makan kat luar atau beli lauk, balik masak nasi saja. Tapi kalau tak sibuk, malas nak keluar masak kat rumah je.
    Tengok menu Cie order nampak sedap la, terutama minuman tembikai ais tu. Minum ketika cuaca panas, sejuk je tekak.

    BalasPadam
  2. semua nampak sedap! selain bihun2 thingy, MZ suka jugak nasi goreng kampung tu :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..sedap² nampak makanan nya tu

    BalasPadam
  4. Memang rezekilah kalau dapat makanan sedap, siap tambah ya order nasi goreng. Mesti sedap sangat tu.

    BalasPadam
  5. Di antara banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng kampung memang yang tersedap, bagi sayalah. Lama saya tak makan mi goreng mamak!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.