Aktiviti Hari Sabtu 4 Oktober 2025

Macam biasa apabila hujung minggu hari Sabtu banyak la aktiviti yang dibuat. Orang yang bekerja ni hanya ada masa hujung minggu je nak buat itu ini. Hari bekerja dah seharian bekerja.

Semalam dah banyak entri, so separuh dari cerita semalam kita ceritakan hari ini. Kalau nak cerita semua sekali dalam 1 hari nanti takdela minimum 1 hari 1 entri kan. Cerita semalam kita rangkumkan je dalam 1 entri. Apa aktiviti kita buat semalam sebelum gerak balik kampung.

Aktiviti hari sabtu


Iron Baju Kerja Seminggu

Selepas solat Subuh Cie settle iron baju dan tudung untuk kerja 5 hari. Ni la rutin setiap minggu Cie. Selalunya buat hari Sabtu la dan hari Ahad boleh berehat dah. 

Iron baju kerja seminggu

Cie memang suka iron baju seminggu sekali je. Kurang rajin nak iron setiap hari bagi Cie macam buang masa. Weekend tu kita dah ada masa terluang so masa tu kita guna untuk iron baju. Hari biasa kita boleh buat benda lain contohnya blogwalking atau update entri blog.


Sarapan di Restoran Kuah

Mula sekali singgah sarapan dulu. Dah alang-alang nak keluar memang tak masak la. Cie nak mudah je so ajak la sarapan di Restoran Kuah je. Lepas sarapan boleh terus beli barang dapur kat BS depan Restoran Kuah je.

Kalau datang bersarapan di Restoran Kuah ni memang Cie akan order capati. Kakak Raisha dan Adik Rania order roti canai. Faiz order mi segera goreng. Air pulak adik Rania dan kakak Raisha order teh o ais satu sorang, Faiz order barli suam. 

Roti canai di restoran kuah kuala lipis

Maggi goreng di restoran kuah kuala lipis

Kari kambing di restoran kuah kuala lipis

Capati di restoran kuah kuala lipis

Cie tak order air sebabnya air kakak dan adik selalunya tak habis, Cie la tukang habiskan. Jadinya bazir kalau order air banyak-banyak.

Kari kambing order jugak cuma tu la macam keras sikit kambing dia. Selalunya lembut sangat daging kambing tu. Semalam punya keras sikit.


Beli Barang Dapur di BS Freshmart

Lepas kenyang dah sarapan terus jalan kaki je ke BS Freshmart. Tak banyak pun beli ayam dan sayur-sayur je. Bahan kering selalunya sebulan sekali je kecuali dah habis baru la beli untuk topup.

Sayur di bs freshmart

Sayur di bs freshmart



Pasar Bunga Cengkih

Singgah pasar nak beli santan segar dan pucuk paku. Santan segar beli 1/2 kilogram harganya RM8.50. Tapi penjual tu bagi RM8 je. Sayur pucuk paku Cie beli 2 ikat. Seikat RM2. Bawak balik kampung seikat dan tinggal kat rumah seikat.

Pasar bunga cengkih kuala lipis



Kedai Eco

Cie nak beli dulang je kat Kedai Eco. Nak beli yang kecil sikit senang kalau orang datang rumah nak hidang air. Lepas tu biasa la beli jajan jugak. 


Beli Petai Tepi Jalan

Adik Rania lama dah request nak jeruk petai. Cie ni takde masa lagi nak mencari petai. Selalunya ada jual kat bus stand depan depoh Alam Flora. Kebetulan lalu semalam ada jual kat situ. Banyak betul petainya dan semuanya bernas

Yang menjual tu pemuda orang asli dari Pos Titom. Cie tanya dari mana katanya Pos Titom. Ada 4-5 orang datang menjual sekali sama-sama. Cie saja mintak kurang harga Cie beli 3 ikat. Seikat ada 5-6 keping RM10. Kiranya total RM30. 

Petai seikat rm10

Petai dijual tepi jalan

Mulanya dia tak bagi katanya dia kongsi jual. Masa Cie nak bayar tu dia kata “takpela sy bagi yang ni”, sambil dia masukkan seikat petai yang dia jual RM5 tu. Cie pun bayar dan ucap terima kasih jela. Cie ingatkan dia bagi la harga kurang RM26 ke RM27 ke diskaun kan. Harga tak berkurang tapi petai bertambah. Alhamdulillah rezeki Cie.

Petai mereka memang cantik, takde ulat, rapat-rapat je mata petai tu. Memang berbaloi la beli. 


Selesai untuk Aktiviti Pagi

Gerai petai tu hentian terakhir sebelum balik rumah. Balik rumah settle apa yang patut sebelum balik kampung. Cerita makan-makan di kampung dah post semalam. Jadinya cerita sebelah pagi semalam, kita cerita hari ni. Baru la banyak posting kita setiap hari ada. Hihihi.




Catat Ulasan

0 Ulasan