Pengalaman Buka Booth Hari Anestesia 2025


11 Oktober 2025

Penulis di event hari anestesia 2025

Pengalaman pertama yang berharga. Kali pertama dijemput untuk buka booth. Last minute plan apa nak dipamerkan sebab memasing takde pengalaman buka booth. 

Barang deco
Barang deco dan pameran yang kami bawa naik kereta sendiri

Barang deco dan pameran
Barang pameran yang diangkut menaiki lori hospital

Laju-laju fikir apa nak letak kat booth. Memang on the spot je idea datang. Bincang hari Isnin minggu lepas, hari Selasa tu terus compile gambar aktiviti jabatan, plan layout jabatan, menu pesakit, gambar hidangan makanan pesakit. Print kat Unit Pentadbiran. Mereka ada photostat machine yang boleh print colour. Nak liminate banyak pulak so tak jadi liminate.

Kami juat tebuk lubang dan masukkan tali. Sangkut je pada partition.

Bahan pameran booth
Partition staf Cie

Bahan pameran booth

Partition angkut dari rumah

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Petang Jumaat datang ke IPG untuk deco dan setup barang pameran. Kami diberikan 3 biji meja bankuet. Plan asalnya organizer kata ada soft board nanti bagitau je nak berapa mereka akan provide. Kami tanya petang Jumaat tu katanya takde. Yang dewan IPG pun takde, yang hospital je ada beberapa biji mereka guna. So terus la tukar ke plan B.

Cie dan staf Cie balik rumah ambil wall partition. Cie punya 1 dan staf Cie punya 1 so cukup la untuk kami gantung je gambar-gambar tu guna tali. Mujur la ada plan B. Hampir pukul 6 jugak baru siap. Kami staf jabatan berlima dan bos bawak wife dia jugak sekali. 

Backdrop booth

Ruang pameran jabatan

Booth jabatan

Booth jabatan

Booth selepas siap deco

Bunting pemakanan

Pagi Sabtu seawal 7.30am dah berada di dewan. Kami just susun-susun hadiah dan games jela atas meja. Deco dah siap settle hari Jumaat tu.

Booth jabatan kami
Peserta pertama main games kami dari booth sebelah Fisioterapi KPJ

Kami sediakan 3 games beserta hadiah untuk setiap games. Sambutan meriah dah last tu habis dah crossword puzzle yang kami sediakan. Hadiah pun dah habis maka nya tutup gerai la. Yang tak sempat main games tu kami cop jela kad mereka tu.

Colorful puzzle sorting adventure

Hadiah yang kami sediakan

Crossword puzzle

Urusetia sediakan kad untuk peserta cop di setiap booth. Booth lain tak sure la kena buat apa untuk dapatkan cop. Booth kami kena main games baru kami cop. Hihi.

Kad cop games booth

Rezeki kami menang besar. Wakil 2 orang dapat hadiah cabutan bertuah. Kami juga diumumkan pemenang ‘BEST BOOTH DECORATION’. Alhamdulillah tak sesia macam-macam hangkut dari rumah dan dari jabatan untuk deco-deco.

Booth jabatan dietetik dan sajian

Team jds buka booth
Dapat 2 hamper. 1 lagi hamper semua booth dapat. 1 hamper lagi untuk best decoration booth

Terima kasih juga kepada team Jabatan Anestesia kerana menjemput kami buka booth. Terima kasih juga kepada pengunjung booth yang mengundi kami sebagai pemenang. Kalau tak silap ada 10 booth. Kami booth nombor 9.

Ada dengar adik tu cakap ‘kami pilih booth ni sebab best ada games’. Comel je adik-adik tu. Mostly peserta dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Kolej Seri Lipis dan pelajar IPG. Ada juga orang dewasa dan anak-anak staf.

Sepanjang event berlangsung sempat la jenguk booth lain. Cie singgah booth untuk ikrar pendermaan organ. Staffnurse tu cakap kalau kita dah ikrar dan selepas kita meninggal waris tak izinkan untuk derma organ tu mereka tetap tak boleh ambil. 

Singgah juga di booth blood donation. Saja nak check HB je taknak derma darah pun tak berani. Takut pengsan tengok darah. Kalau ikutkan HB Cie tinggi jugak 12.6. Memang layak sangat. Nak donate kena HB 12.5 ke atas.

Bacaan hb

Booth lain tu kami tengok-tengok jela waktu awal pagi tu. Masa dah berlangsung tak sempat nak ke mana dah booth kena serbu. 

Event habis lebih kurang pukul 1 lebih. 12 lebih dah habis dan kami mula mengemas semua barang untuk dibawa balik.

Dapat pengalaman dan cara nak handle program macam ni. Sebab nanti 29 Oktober kami Jabatan Dietetik dan Sajian, Kluster Pahang Barat nak buat karnival untuk pertama kali jugak. So boleh la nampak bayangan cara nak buat nanti.

Jumpa nanti di Food & Fun Carnival 2025 anjuran JDS Kluster Pahang Barat pada 29 Oktober 2025. Tak sabar nak buat event kami pulak. Cie upload gambar di Facebook album Booth Hari Anestesia 2025.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. menarik pulak nama hari anestesia :) backdrop bunga2 tu nice!!

    BalasPadam
  2. Wahhh..Bestnya & tahniah sbb menang..Deco mmg cantik ler..=D

    BalasPadam
  3. wah siap dpt cabutan bertuah deco booth cantik

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, berjaya juga...tak sia2 angkut barang2 dari rumah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.