Macam semalam la plan nak makan situ keluar 9 pagi memang takdela dah meja kosong. Kedai tu jadi tumpuan sebab owner peramah dah dikenali. Lepas tu pulak roti canai melayu kan susah nak jumpa. Kalau ada pun hari cuti tutup jadi takde kedai dah orang nak makan roti canai.
Kami tadi pun menunggu jugak roti canai siap sebabnya banyak order. Memang nak makan roti canai jadinya tunggu la jugak. Anak-anak order roti canai kosong, Faiz roti canai telur dan Cie roti sarang burung. Faiz order 3 ketul ayam. Ayam kat situ sedap. Kami selalu ratah je.
Air pulak anak-anak order teh o ais, Faiz air suam dan Cie ambil air kosong yang disediakan tu je. Tak habis jugak teh o ais adik Rania dan Cie habiskan tu yang malas order air lain.
Menu kat situ ada banyak pilihan juga selain dari roti canai. Ada nasi lemak ayam, nasi lemak telur, lontong, nasi impit kuah kacang. Semuanya sedap-sedap tu ramai pelanggan datang.
Total kami makan tadi RM27. Lepas makan balik rumah jalan kaki. Boleh la terbakar sikit kalori makanan tu. Takdela jauh pun tak sampai 1km pun. Dalam 5 minit je kot jalan kaki.
2 Ulasan
sedapnya....rasa macam lama lak x makan roti canai...
BalasPadamSelalu hari cuti sarapan dekat rumah je, sebab malas nak bersiap...kikiki
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.