Aktiviti Hari Deepavali

Cuti Deepavali takde ke mana. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK bermula 9 pagi hingga 12 tengahari. Tak ramai pun datang. Ada yang balik kampung, ada yang bercuti. Cuti sekolah kan panjang sampai hari Rabu. Cie dan kakak Raisha jela kat rumah. Faiz ke kebun.

Kemas Rumah, Cuci Bedsheet dan Comforter

Duk sesaja tak buat apa-apa bosan jugak. Sementara handphone charge sempat la tukar bedsheet, vacuum lantai, cuci bedsheet dan comforter. Cie suka guna vacuum lagi senang daripada penyapu. Senang sekali arung je vacuum lantai, karpet, sofa. Segala habuk boleh disedut.

Kemas rumah hari cuti


Masak Menu Lunch

Semalam buat pais patin ada sebelah lagi bahagian ekor. Jadinya panaskan jela masuk dalam oven semula. Cie cuma goreng ayam bawang putih je. Lepas tu potong timun dan buah mangga. Hari cuti kalau penyakit M datang masak la jugak cuma menu simple je.

Keluar Ke Dobi - Dryer

Pukul 12 adik Rania sepatutnya dah habis kelas. Tengok dia tak balik-balik lagi. Start kereta terus jela singgah sekolah KAFA dia. Rupanya tengah menyapu dengan kawan-kawan dia. Ustazah nampak kereta, dia suruh adik Rania balik. Kami pun terus gerak ke dobi.

Selalunya bila cuci bedsheet dan comforter memang bawak ke dobi la untuk keringkan. Tak muat ampai nak sidai kat luar. Senang bawak ke dobi dryer terus kering dan lipat je. Boleh simpan terus. Senang kerja. Cie guna 2 dryer RM10. Bedsheet 2 katil, comforter 3 helai. Tak muat guna 1 dryer.

Dryer bedsheet dan comforter di dobi


Cuci Mata di Mr Diy

Sebaris dengan dobi tu ada Mr Diy. Jadinya sementara nak tunggu siap dryer tu 24 minit kami ke Mr Diy. Nak jalan-jalan je cuci mata sambil tengok apa yang menarik nak dibeli. Sejuk la sikit ada aircond. Nak tengok-tengok pun beli la juga toilet block, food tong dan pencils.

Mr diy kuala lipis

Mr diy kuala lipis

Mr diy kuala lipis

Mr diy kuala lipis


Keropok Lekor Kuala Lipis

Dah alang-alang keluar singgah la beli keropok. Sedap keropok kat situ RM5 12pcs. Nak beli satar tadi takde pulak jual. Faiz pernah sekali beli satar situ sedap jugak macam yang jual kat Kemaman Terengganu tu. Beli untuk buat minum petang. Lunch dah ada nasi.

Keropok lekor kuala lipis

Keropok lekor kuala lipis


Tealive

Pantang keluar rumah ada je nak dibeli. Ajak anak-anak beli Tealive pulak dah ada keropok lekor nak minum petang tu. Anak-anak Cie suka Tealive. Kalau Zus tu takde minuman yang mereka suka. Kat Tealive ni Bang Bang Milk Tea tu jela kegemaran mereka. Cie pulak hari ni order Caramel Macchiato

Caramel macchiato tealive

Beli air di tealive

Bil belian air di tealive

Ada diskaun 15% untuk belian hari ni kalau order melalui apps. Cie memang order dari apps je senang terus pick up je. Cie order kat depan kedai keropok. Sampai Tealive dah siap air. Anak-anak je turun pick up.

Diskaun voucher


Balik Rumah, Mandi, Solat

Siap pick up air kat Tealive kami terus balik rumah. Sampai rumah, Faiz dah balik dari kebun. Lepas mandi dan solat baru la kami lunch.

Makan Lunch, Rezeki Jiran Bagi Makanan

Lepas dah siap solat kami pun lunch. Masak menu simple je. Rezeki pulak dapat pulut dan gulai ayam jiran bagi. Kekenyangan kami makan banyak pulak menu.

Menu makan tengahari

Pulut kuning dan gulai ayam

Lepas makan mata pun dah kuyu-kuyu je. Tapi malas nak tidur. Boleh update entri kat blog buat schedule untuk sepanjang minggu. Beratur dah tajuk nak dibuat tu. Isinya je yang kena fikirkan. Sambil blogwalking hari ni.





Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Masuk Mr DIY sekarang nie pun dah rambang mata..macam² ada

    BalasPadam
  2. Gemuk gemuk keropok lekor dia. Banyak aktiviti Cie tu, produktif, sempat cuci cadar, toto. 👍

    BalasPadam
  3. Anak² Akk pun suka benau dgn Tealive.
    Gemuk² ye kepok lekor tu, sedap tu. Puas makan.

    BalasPadam
  4. Malam-malam kalau goreng keropok lekor best juga :)

    BalasPadam
  5. Part masuk mr.DIY tu kalau sy bukan setakat cuci mata..Cuci wallet jgk serba sikit =)

    BalasPadam
  6. Saya baru tahu hari Deepavali saat kuliah di Penang. Soalnya Deepavali Ini tak menjadi public holiday di Indonesia. Krn itu dulu tak tahu ada perayaan ini. Hari Deepavali kemarin pun, memang tak ada libur anak2 sekolah atau kantor. Kerja macam biasa.

    Kalau di rumah saya pun, sebab saya ada pelihara kucing indoor kan, jadi asisten rumah saya minta pakai vacum juga, supaya tersedot semua buku2 kucing 🤣. Wajib pakai vacum kalau dah pelihara anak bulu nih.

    BalasPadam
  7. Aiiiiih , tak sanggub lah lihat Lekor nya kak 😍😍😍😍😍. Pasti sedaaap sangat 🤤🤤. Memang salah satu snack fav saya tiap ke Penang, pasti langsung beli di Kedah langganan saya. Belum rezeki bisa ke Terengganu. Nak juga kesana, puas makan lekor dari kota asalnya 😄

    BalasPadam
  8. aduhai....sedapnya semua lauk tu especially ikan patin tu..part ekor plak tu part akak suka..hahahaha.....Deepavali plan masak makanan deepavali x menjadi kenyataan...buat puri pun x kembang cantik...2 hari makan puri masa sarapan...anak dara akak tu la semangat dia buat...

    BalasPadam
  9. Kiteorang pun sama tak kemana2 hari Deepavali tu. Pagi tu mencuci beranda rumah merangkap bilik kucing sekali dengan bukak toilet dieorg yg besar gedabak tu cuci2 kat dalam sbb dah berbau & cepat penuh. Dah alang2 cuci beranda vacuum & mop satu rumah jugak 😃

    Kadang2 teringin gak nak pegi beraya Deepavali tapi takde kawan2 India yg rapat hihi. Kawan2 India saya kenal dari zaman uni semua dah lost contact.

    BalasPadam
  10. Sedapnya pais patin.....keropok lekor pun....
    Nama ja cuti kan...kalau dah ibu rumahtangga....macam tak cuti🤭

    BalasPadam
  11. Masuk MrDiy mana boleh keluar tangan kosong😁

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah rezeki jiran pagi sedap tu

    BalasPadam
  13. dryer kat tempat saya rm7 huhu mahall

    BalasPadam
  14. Cutipun bayak kerja dibuat kan..cuma bukan di Pejabat..rajin Cie buat kerja rumah..

    BalasPadam
  15. cutiku, hanya dihabiskan dgn berguling sambil layan hindustan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.