Kemas Rumah, Cuci Bedsheet dan Comforter
Duk sesaja tak buat apa-apa bosan jugak. Sementara handphone charge sempat la tukar bedsheet, vacuum lantai, cuci bedsheet dan comforter. Cie suka guna vacuum lagi senang daripada penyapu. Senang sekali arung je vacuum lantai, karpet, sofa. Segala habuk boleh disedut.
Masak Menu Lunch
Semalam buat pais patin ada sebelah lagi bahagian ekor. Jadinya panaskan jela masuk dalam oven semula. Cie cuma goreng ayam bawang putih je. Lepas tu potong timun dan buah mangga. Hari cuti kalau penyakit M datang masak la jugak cuma menu simple je.
Keluar Ke Dobi - Dryer
Pukul 12 adik Rania sepatutnya dah habis kelas. Tengok dia tak balik-balik lagi. Start kereta terus jela singgah sekolah KAFA dia. Rupanya tengah menyapu dengan kawan-kawan dia. Ustazah nampak kereta, dia suruh adik Rania balik. Kami pun terus gerak ke dobi.
Selalunya bila cuci bedsheet dan comforter memang bawak ke dobi la untuk keringkan. Tak muat ampai nak sidai kat luar. Senang bawak ke dobi dryer terus kering dan lipat je. Boleh simpan terus. Senang kerja. Cie guna 2 dryer RM10. Bedsheet 2 katil, comforter 3 helai. Tak muat guna 1 dryer.
Cuci Mata di Mr Diy
Sebaris dengan dobi tu ada Mr Diy. Jadinya sementara nak tunggu siap dryer tu 24 minit kami ke Mr Diy. Nak jalan-jalan je cuci mata sambil tengok apa yang menarik nak dibeli. Sejuk la sikit ada aircond. Nak tengok-tengok pun beli la juga toilet block, food tong dan pencils.
Keropok Lekor Kuala Lipis
Dah alang-alang keluar singgah la beli keropok. Sedap keropok kat situ RM5 12pcs. Nak beli satar tadi takde pulak jual. Faiz pernah sekali beli satar situ sedap jugak macam yang jual kat Kemaman Terengganu tu. Beli untuk buat minum petang. Lunch dah ada nasi.
Tealive
Pantang keluar rumah ada je nak dibeli. Ajak anak-anak beli Tealive pulak dah ada keropok lekor nak minum petang tu. Anak-anak Cie suka Tealive. Kalau Zus tu takde minuman yang mereka suka. Kat Tealive ni Bang Bang Milk Tea tu jela kegemaran mereka. Cie pulak hari ni order Caramel Macchiato.
Ada diskaun 15% untuk belian hari ni kalau order melalui apps. Cie memang order dari apps je senang terus pick up je. Cie order kat depan kedai keropok. Sampai Tealive dah siap air. Anak-anak je turun pick up.
Balik Rumah, Mandi, Solat
Siap pick up air kat Tealive kami terus balik rumah. Sampai rumah, Faiz dah balik dari kebun. Lepas mandi dan solat baru la kami lunch.
Makan Lunch, Rezeki Jiran Bagi Makanan
Lepas dah siap solat kami pun lunch. Masak menu simple je. Rezeki pulak dapat pulut dan gulai ayam jiran bagi. Kekenyangan kami makan banyak pulak menu.
Lepas makan mata pun dah kuyu-kuyu je. Tapi malas nak tidur. Boleh update entri kat blog buat schedule untuk sepanjang minggu. Beratur dah tajuk nak dibuat tu. Isinya je yang kena fikirkan. Sambil blogwalking hari ni.







17 Ulasan
terliur nya kepok lekor tuuu
BalasPadamMasuk Mr DIY sekarang nie pun dah rambang mata..macam² ada
BalasPadamGemuk gemuk keropok lekor dia. Banyak aktiviti Cie tu, produktif, sempat cuci cadar, toto. 👍
BalasPadamAnak² Akk pun suka benau dgn Tealive.
BalasPadamGemuk² ye kepok lekor tu, sedap tu. Puas makan.
Sedapnya keropok lekor
BalasPadamMalam-malam kalau goreng keropok lekor best juga :)
BalasPadamPart masuk mr.DIY tu kalau sy bukan setakat cuci mata..Cuci wallet jgk serba sikit =)
BalasPadamSaya baru tahu hari Deepavali saat kuliah di Penang. Soalnya Deepavali Ini tak menjadi public holiday di Indonesia. Krn itu dulu tak tahu ada perayaan ini. Hari Deepavali kemarin pun, memang tak ada libur anak2 sekolah atau kantor. Kerja macam biasa.
BalasPadamKalau di rumah saya pun, sebab saya ada pelihara kucing indoor kan, jadi asisten rumah saya minta pakai vacum juga, supaya tersedot semua buku2 kucing 🤣. Wajib pakai vacum kalau dah pelihara anak bulu nih.
Aiiiiih , tak sanggub lah lihat Lekor nya kak 😍😍😍😍😍. Pasti sedaaap sangat 🤤🤤. Memang salah satu snack fav saya tiap ke Penang, pasti langsung beli di Kedah langganan saya. Belum rezeki bisa ke Terengganu. Nak juga kesana, puas makan lekor dari kota asalnya 😄
BalasPadamaduhai....sedapnya semua lauk tu especially ikan patin tu..part ekor plak tu part akak suka..hahahaha.....Deepavali plan masak makanan deepavali x menjadi kenyataan...buat puri pun x kembang cantik...2 hari makan puri masa sarapan...anak dara akak tu la semangat dia buat...
BalasPadamKiteorang pun sama tak kemana2 hari Deepavali tu. Pagi tu mencuci beranda rumah merangkap bilik kucing sekali dengan bukak toilet dieorg yg besar gedabak tu cuci2 kat dalam sbb dah berbau & cepat penuh. Dah alang2 cuci beranda vacuum & mop satu rumah jugak 😃
BalasPadamKadang2 teringin gak nak pegi beraya Deepavali tapi takde kawan2 India yg rapat hihi. Kawan2 India saya kenal dari zaman uni semua dah lost contact.
Sedapnya pais patin.....keropok lekor pun....
BalasPadamNama ja cuti kan...kalau dah ibu rumahtangga....macam tak cuti🤭
Masuk MrDiy mana boleh keluar tangan kosong😁
BalasPadamAlhamdulillah rezeki jiran pagi sedap tu
BalasPadamdryer kat tempat saya rm7 huhu mahall
BalasPadamCutipun bayak kerja dibuat kan..cuma bukan di Pejabat..rajin Cie buat kerja rumah..
BalasPadamcutiku, hanya dihabiskan dgn berguling sambil layan hindustan.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.