Terima Hadiah GiveAway Mencari Saham Akhirat 2.0

Pagi tadi Cie dapat whatsapp dari Pos Laju mengatakan parcel out for delivery. Cie hampir terlupa dah beli apa pulak ni tiba-tiba ada parcel. Lama-lama baru la otak berfungsi dengan baik. Teringat ni mesti hadiah giveaway mencari saham akhirat 2.0 by Kak Notie.

Your Parcel ERD177290925MY is out for delivery and will be making its way to you soon!

Telekung travel

Balik lunch time tadi terus buka parcel dan nampak la hadiah yang dijanjikan. Alhamdulillah Kak Notie kirimkan telekung travel. Terus la buka dan ambil gambar send kat Kak Notie untuk inform Cie dah selamat menerima hadiah yang dikirimkan.

Cie dah try pakai memang lembut material kainnya dan selesa je. Warnanya pun cantik. Tak sure warna apa. Pink belacan kot rasanya. Bahagian muka selesa bergetah di atas muka dan bahagian dagu ada kain jenis lycra kot rasanya la. Bahagian pinggang bergetah. Bahagian tepi telekung dengan lasercut. Ada sekali pouch yang sama corak dengan telekung.

Penulis memakai telekung travel

Telekung lasercut

Pinggang getah telekung travel

Bahagian muka telekung travel

Pouch bag telekug travel

Terima kasih banyak Kak Notie di atas kiriman telekung travel yang best ni. Boleh la bawak telekung tu kalau nak travel nanti. Jimat space sebab kecil je.

Semoga Kak Notie dikurniakan rezeki melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan usia, semoga yang baik-baik la untuk akak. Love.








Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Pink belacan?. I loikeeeee.
    Congrats Cie. Bertuah org yg hadiahkan sbb sahamnya mengalir tiap kali Cie pakai.

    BalasPadam
  2. Cantiknya...macam nak kena tambah je koleksi telekung kompak macam tu. .
    Tahniah Cie, murah rezeki kak Notie .

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.