Cie singgah kat office ambil rooster staff. Buka je pintu jabatan nampak ada parcel kat dalam bakul tepi pintu tu. Terdetik nak tengok sekali ada nama Cie. Rupanya my exbos bagi hadiah birthday. Nanti la cerita yang tu. Nak cerita kisah air sungai naik dulu ni.
Hospital Lipis atas bukit jadinya tak kena banjir. Sekolah Menengah Clifford dan Dataran Orang Kaya Haji tu kawasan rendah so memang akan banjir la. Setakat pukul 5 lebih tadi air dah naik kat padang SMK Clifford. Dewan peperiksaan pun dah naik air dan pelajar SPM dah dipindahkan ke SMK Kuala Lanar.
Dataran Orang Kaya Haji pulak memang dah tenggelam terus. Padang bola tu memang habis la. Petang semalam masih ada orang main bola dalam hujan, hari ni dah tenggelam terus tiang gol tu. Air dah sampai atas stage.
Kalau malam ni masih hujan di Raub dan Cameron maka nya air akan terus naik dan akan melimpah ke atas jalan. Membuatkan semua laluan akan terputus nak ke hospital. Tadi masa meeting banjir pun dah siap siaga segala plan untuk menghadapi banjir ni.
Cie bab stok makanan pesakit so far memang dah standby untuk bekalan seminggu untuk bahan basah dan bahan kering untuk stok sebulan. Belajar dari pengalaman lepas tahun 2019 kot rasanya masa tu tiba-tiba banjir teruk dan stok tak standby memang kelam kabut la arrange mintak pembekal hantar. Dah belajar dari pengalaman lalu kata orang. Start bulan November hingga Januari memang sentiasa standby stok makanan pesakit.
Jalan dari depan Balai Bomba Lipis pun dah naik air, dah hampir ke tepi jalan. Area Petron Bukit Kerani pun memang naik air dah. Kuaters JKR ada 1 bangunan 4 rumah 2 tingkat tu pun nampak macam dah berpindah penghuninya.
Tepi Petronas pun air sikit lagi naik ke jalan dah. Padahal pagi tadi jauh lagi. Jalan dari Petronas ke Taman Cahaya tu memang tepi sungai. Air memang sikit je lagi nak naik atas jalan dah.
Padang bola SMK Setia Wangsa kat Batu 2 pun dah naik air. Depan SMK Setia Wangsa tu pun memang naik air. Memang Cie tak boleh lalu la nak ke Bandar Lipis.
Depan Taman Emas pun air dah melaut dah. Macam banjir teruk sebelum ni jalan hala ke Raub sebelum Kampung Binjai tu memang terputus la air naik atas jalan.
Taman Cie atas bukit jadinya selamat la. Masa beli rumah tu takde pun ambil kira banjir sebabnya sebelum ni takdela banjir teruk kat Bandar Lipis. Sejak 2014 kalau tak silap Cie dah start banjir besar banyak jalan terputus. Alhamdulillah ada hikmah masa tu buat pilihan beli rumah di atas bukit. Tahun 2014 Cie duk kampung lagi masa tu.
Lepas je banjir besar tu kena ambil kira kalau nak beli rumah di Lipis ni. Cari kawasan yang tinggi. Rugi kalau beli rumah kawasan rendah dan banjir memang rosak la rumah. Setakat ni banjir di Bandar Lipis dan kawasan sekitar selang beberapa tahun. Seingat Cie 2014, 2019, 2021 2 kali. 2017 tak ingat rasa macam banjir jugak. Kiranya paling last 2021. Jarak 2-3 tahun la lebih kurang.
Tu yang tahun 2025 ni memang diramalka banjir jugak. Kalau tengok keadaan air tadi memang dijangka hari Sabtu 29 November akan mula banjir besar. Harapnya takdela teruk sangat. Kesian kepada mangsa banjir. Sama-sama kita doakan ye.









3 Ulasan
Ya Allah, kepadaMu Ya Allam kami pohonkan agar redakan hujan, selamatkan mereka yang mengalami banjir.aamiin..
BalasPadamBanyakkan bersabar ya..semoga cepat surut..
BalasPadamHati-hati Cie dimusim banjir ni.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.