Group sekolah adik Rania pun sama cikgu minta ambil anak-anak 11.30 selepas dapat kebenaran dari PPD. Mujur la Faiz ada tadi dia la ambil anak-anak. Cie pulak pukul 10 ada meeting banjir. Kena panggil join meeting tadi.
Air kat padang Dataran Orang Kaya Haji sebelah hospital tu pun dah habis tenggelam dah. Pagi tadi masih ada yang lalu tepi tu, pukul 8 Cie ambil gambar dah naik air sampai atas tangga stage dataran tu. Kalau banjir besar atas jalan raya tepi tu pun akan naik air. Memang terputus la jalan nak ke hospital.
8.08 pagi tadi. Kalau banjir besar air akan naik hingga atas jalan tempat kereta parking ni
10.11am tadi
Pagi tadi masih ada parents lalu situ hantar anak sekolah. Pukul 8 pagi tadi dah naik air.
Sungai pun lagi sikit air nak naik atas jalan. Kalau hujan masih non stop, air dari Raub dan Cameron bertembung di Lipis memang banjir besar la di Lipis.
Throwback Stranded Banjir Januari 2021
Cie risau betul sebabnya Januari 2021 dulu Cie pernah stranded dari 10 pagi hingga 5 petang baru dapat naik bot balik rumah.
Kisahnya pagi tu Cie pergi kerja macam biasa. Anak-anak tinggal kat rumah, mereka tak sekolah rasanya PKP masa tu. Masa pergi kerja pukul 7 tu jalan masih boleh lalu. Cie pun buat la kerja macam biasa.
Dalam pukul 9 lebih macam tu ada orang bagitau katanya air dah naik banyak tempat. Cie pun call Faiz. Faiz ajak tengok jalan. Pergi la kami ni memang semua tempat dah tak boleh lalu. Ada yang 4WD je boleh lalu, ada yang lori je boleh lalu. Kereta kecil memang tak boleh dah. Kami patah balik ke hospital.
Faiz ajak geng dia pinjam hilux untuk hantar Cie balik. Sebab fikir anak kat rumah. Mesti anak-anak akan risau nanti tengok ibu tak balik lunch time. Redah la banjir naik hilux lebih kurang 3-4 tempat kena redah. Kawan Faiz drive. Cie duk belakang dah cuak air memang sikit lagi nak masuk dalam hilux tu. Memang tinggi air tu.
Last sekali sampai kat Bistro Tempoyang situ tak boleh redah dah memang air terlalu tinggi. Hanya bot saja boleh lalu situ. Bot pulak takde sibuk ke sana sini pindahkan mangsa banjir. Stranded la Cie, Faiz dan kawan dia sorang. Kawan dia yang drive hilux tu balik dah.
Duduk la kami kat Bistro tu. Memang ramai la orang situ. Taman belakang Bistro tu pun dah kena pindah air dah naik kat rumah mereka. Mulanya Bistro tu jual makanan lastnya dia bagi free je untuk yang stranded kat situ. Cie tak makan sebabnya risau dah anak-anak kat rumah.
Pagi tu tinggal makanan sarapan je untuk anak-anak. Bagitau anak-anak ibu tak balik tengahari ada mesyuarat. Terpaksa tipu sebab takut anak-anak risau. Mujur masa tu bos Cie cuti jaga anak sakit. Kami duduk 1 taman. Bos Cie hantar la makanan letak atas gate.
Faiz duk call anak buah dia JPAM tengah jaga Bilik Gerakan Daerah. Anak buah dia dah set up bot JPAM untuk ambil kami kat Bistro tu tapinya tak lepas lagi sebabnya tengah selamatkan mangsa banjir yang lain. Tunggu punya tunggu air kat Bistro tu makin naik, kami pun pindah ke tempat lain yang tak dinaiki air. Masa tu naik jentolak ke seberang sana yang lebih tinggi. Takde lagi bot.
Akhirnya hampir pukul 5 baru la bot JPAM sampai. Masa tu adik JPAM tu tak kenal yang mana 1. Faiz pun ke depan cakap ni pakcik Ummi. Baru la mereka kata hah ok naik-naik, ada orang nak tumpang naik sekali dia cakap nak settle ni dulu. Ada la beberapa orang yang sama nak ke taman Cie dia hantar sekali.
Lega la dapat naik bot. Pengalaman naik bot redah banjir. Sampai kat Petron Tempoyang tu je. Lepas tu jalan kaki la nak naik ke taman Cie. Masa balik tu jiran ajak naik kereta dia kami segan sebab basah. Takpela jalan kaki je.
Ada hilux Roadcare pulak berenti ajak naik. Kami cakap takpe basah. Dia cakap boleh je naik kereta mereka pun memang dah basah. Mereka suruh jugak naik. Kami pun naik la dah beria adik tu ajak. Dia hantar la sampai depan rumah. Alhamdulillah akhirnya sampai dah rumah. Baru la Cie dan Faiz cerita apa berlaku kat anak-anak.
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Dengan pakai skirt nya meredah air banjir masa nak naik bot. Bila musim banjir je memang risau takut stranded lagi. Begitulah pengalaman tahun 2021 dulu. Masa tu tahun 2021 2 kali banjir. Awal Januari dan penghujung Disember. Last masa tu banjir lepas tu takde dah banjir besar di Lipis.
Banjir November 2025
Nampaknya tahun 2025 ni banjir mula menjenga semula. Air sungai semakin naik. Semoga yang baik-baik jela untuk kali ni.
Rumah Cie tak kena banjir cuma terkepung tak boleh ke mana-mana, jalan semua tutup. Bekalan makanan dah sedia. Biasanya kalau banjir sebelum ni 3 hari je. Hari pertama air naik, hari kedua air statik je, hari ketiga mula surut.
Doakan semoga semuanya baik-baik je ye.






3 Ulasan
tengok berita tengahari tadi Lipis dah naik air,terus teringat dekat Cie..moga baik2 semuanya ye Cie,harap tak jadi banjir
BalasPadamkuantan pun hujan tak berhenti lagi ni dari kelmarin
Moga dipermudah ya Cie....banjir kali ni agak teruk juga kalau tengok berita. Moga baik2 ajer semuanya selamat.
BalasPadamYa allah..moga dipermudahkan buat Cie sekeluarga dan semua yang terlibat...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.