Selepas siap shopping tu tanya semua nak makan apa jawapan taktau. Cie tengok directory f&b ada la Texas Chicken. Gigih la kami menapak mencari ikut nombor kat directory tu. Sampai je kat situ laaa tengah renovate rupanya. Hampeh penat berjalan.
Berdepan dengan Texas Chicken tu ada Kenny Rogers. Tak payah nak fikir panjang terus masuk je. Meja banyak kosong jadinya kita duduk la. Kami masuk je terus pelayan datang ke meja berikan menu. Kat situ tak perlu order online. Pelayannya yang akan ambil order.
Malas fikir dah nak makan memasing dah kepenatan kami ambil set je senang all in one. 1 set tu RM89 untuk 4 pax so cukup la untuk kami. Ianya mengandungi:
4x Soft Drinks
Untuk side dish tu Cie ambil macaroni cheese kegemaran kami dan coleslaw. Ayam kena tunggu 15 minit. Muffin pun dapat 2 je. Lagi 2 tengah masak katanya. Air pulak takde pilihan hanya ada Sprite sahaja.
Kesudahannya tak habis kami makan semua tu. Mintak bungkus je mujur la pekerja tu semuanya baik melayan kami. Air tak habis pun kami minta bungkuskan. Dah penat sangat seharian berjalan tu tak berselera makan.
Sampai rumah simpan dalam fridge, esoknya tu Cie panaskan dan kami sarapan leftover Kenny Rogers tu je. Cuma Cie tambah la juga mi segera goreng 2 bungkus.
Kalau siang dan tak penat rasanya habis set tu. Kenny Rogers ni memang kegemaran kami anak beranak. Lagi-lagi mac&cheese tu.



18 Ulasan
ni antara fav my family jugak ni...tp biasanya kami mkn KR ni kat AEON AU2
BalasPadamAiiiih rinduuuuu makan Kenny's. Dulu ini fav saya kak, roasted chickennya memang sedap dan sehat. Tp lepas pandemi lah, Kenny's tutup semua cabang di Indonesia. Kenny's dan Secret recipe. 2-2 nya saya sukaaa. Kalau rindu 2 ini, memang saya cari saat ke Malaysia. Untungnya saya rutin kesana 😄.
BalasPadamLama betul tak pegi Kenny Rogers.
BalasPadamTetiba rindu anak3 pulak bila teringat ni.. sbb itu la port Mama bwk dorang dulu utk healing2.
Senang order set je terus kan. Bila penat macam tu lah, lebih kepada nak rehat daripada makan. Lama rasanya tak makan di Kenny Rogers Roasters ni. Ayam dia sedap!
BalasPadamlama tk mkn kenny roger's ..sedap tu
BalasPadamLama x mkn KR.. KR ni berbaloi jugak sbb setnya ada mcm² tp kat sini KR mcm org x brp minat, 2 cwgn dh tutup dh
BalasPadamTakpe x habis boleh tapau...KR ni kadang ada staff dia yg kerek skit..macam akak kena 2 tahun lepas..tarik muka..tapi mood akak malas nak menegur...kita bayar kan...lain la kalau dia yg bayar...ni lama dah x makan KR sejak insiden tu...kalau nak makan x nak dah masuk cawangan tu...pi tempat lain la
BalasPadamPernah masuk sekali je..zaman bujang dulu...masa tu tak suka sangat rasa perapan ayam dia..tapi, muffin sedap.. sekarang² ni, tak pernah pun masuk
BalasPadamAlahaiiiii lamanya tak masuk KR ni. Dolu2 suka salad dia.
BalasPadamAduhai..Dah lama x mkn kenny rogers..Tahun 2001 smp 2003 sy keje kenny rogers...=D
BalasPadamAntara fastfood restaurant yang saya jarang masuk...tapi kalau sebut sos peri-peri akan ingat KR ni
BalasPadamantara tempat mkn fav sy dgn arwah mak cik... lps dia meninggal 5 thn lps sy tak dtg daa KR ni...tak tahu laa kenapa...rs sayu walaupun hati teringinnnn nak mkn kat sini...
BalasPadamBila penat memang tak lalulah nak makan.. Tapi okaylah boleh bungkus bawa balik..
BalasPadamKR ni akak ipar paling feveret! hi cie! terasa lamanya 4-5 bulan Ana x update blog! moga Cie sihat hendaknya aminnnn
BalasPadamHari tu ada lalu Kenny Rogers kat IOI City Mall lepas tu cakap dengan Dania...dah lama pulak tak makan kat situ.
BalasPadamlama giler tak makan sini...
BalasPadamSelamat menjamu selera ya..makan itu bahagia bila yang kita makan kita suka..
BalasPadamPernah makan. Ayam diorang best. Lembut isinya.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.