Baru-baru ni pada 15 November 2025 jabatan Cie mengadakan Annual Dinner yang bertemakan Melayu Klasik. Kami tukar dari Annual Dinner tu kepada Majlis Santapan Tahunan bersesuaian la dengan tema. Setiap tahun kami memang sediakan hadiah cabutan bertuah untuk semua staf. Hadiah takdela ikut tema.
Sebelum ni masing-masing beli dengan anggaran bajet yang semua persetujui. Tapi untuk tahun ni kami sepakat untuk collect RM50 dari setiap orang dan Cie saja yang belikan. Cuma ada 3 orang sahaja yang nak beli sendiri hadiah. 3 hadiah tu toto 2 dan 1 cooler box.
Selain hadiah cabutan bertuah, Cie juga bertanggungjawab menyediakan beberapa hadiah lain. Antaranya ialah:
- Hadiah untuk Best Staff
- Hadiah untuk King dan Queen
- Hadiah untuk Zero MC
- Hadiah untuk Persaraan Staff
Semua hadiah ni Cie klik order kat Shopee je. Sambil duduk bersantai kat rumah Cie scroll Shopee mencari hadiah yang sesuai. Mudah betul ada Shopee ni kita tak perlu keluar rumah pun. Semuanya dihujung jari je.
Cie pilih ikut kriteria yang simple: hadiah tu mesti praktikal, cantik dan berbaloi untuk penerima. Lagi satu, yang penting ia sesuai untuk pelbagai umur dan gender supaya tak ada yang rasa tak kena bila dapat sesuatu yang mereka tak boleh guna.
14 Hadiah Cabutan Bertuah
Di bawah ni senarai hadiah yang Cie beli berserta dengan link Shopee mana tau ada yang tengah mencari hadiah jugak boleh la jenguk-jenguk kat Shopee:
1. Buy 1 Get 1 Free Camping Foldable Chair Heavy Duty Arm Chair Outdoor and Indoor Use Folding Chair
Link Shopee: Kerusi Healing
Link Shopee: Non Stick Pot Steamer
3. Swiss Thomas 3 Tier Multi-Function Electric Steamer with Transparent Cover 26L
Link Shopee: Electric Steamer
4. DESSINI ITALY iNM-20 Die Cast Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool PERIUK (20cm)
Link Shopee: Casserole Pot Bowl
5. 24 pcs Cutlery Set Stainless Steel Cutlery Spoon Knife Fork Cutlery Set Tableware Sudu Garfu
Link Shopee: Cutlery Set
6. DESSINI ITALY 3.0L Electric Rice Cooker Non Stick Aluminium Inner Pot Soup Warmer Multicooker Pengukus Periuk Nasi
Link Shopee: Electric Rice Cooker
7. Swiss Thomas Heavy Duty Blender 2IN1 Food Processor Pengisar 2.5L Juicer Food Blender 4500W High Power Mixer
Link Shopee: Food Processor
8. Swiss Thomas Cordless Vacuum Cleaner With Mop Pad Rechargeable Handheld Car Household Wireless Vakum Cleaner
Link Shopee: Cordless Vacuum
9. SwissThomas Multifunction Digital Rice Cooker Periuk Nasi Capacity Besar Non Stick Cooking Pot Mee Pot (5L)
Link Shopee: Multifunction Digital Rice Cooker
10. TOTO 7PCS SET COMFORTER 7 IN 1 QUEEN SIZE
Link Shopee: Queen Comforter
11. SwissThomas Hand Blender Hand Mixer CookMaster 3-in-1 (380W) TC-62007
Link Shopee: Hand Mixer
12. Carbon Steel Storage Rack Condiments Rack / Spice Rack Seasoning Rack
Link Shopee: Seasoning Rack
13. DESSINI ITALY 24CM Granite Plus Casserole Induction Non Stick Pot Bowl Wok Pan Cookware Tool with Cover Periuk
Link Shopee: Casserole Induction Non Stick Pot
14. HAN RIVER Steam Iron Wet & Dry Iron Portable Iron Travel Iron Steam Garment Steam Iron HRYD03
Link Shopee: Travel Iron
Setiap hadiah ada kelebihan tersendiri. Ada yang berguna untuk rumah, ada yang sesuai diguna harian. Walaupun semuanya bawah RM50, kualiti baik dan yang penting sangat bermanfaat untuk semua. Cie dapat food processor tu. Dah try guna so far ok je.
Hadiah Untuk Best Staff
Hadiah untuk Best Staff ni memang Cie la kena belikan. Duit hadiah Best Staff ni lebihan dari collection RM50 seorang tu. Cie beli semua bawah RM50 jadi ada la lebihan untuk hadiah lain.
Untuk Best Staff Cie beli papan pemotong yang boleh custom. Kat papan tu Cie mintak seller engrave Best Staff of The Year 2025 Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis.
Hadiah King dan Queen Of The Night
Untuk King dan Queen ni Cie beli yang murah je mengikut bajet. Cie beli mug dan pada mug tu memang dah printed King dan Queen so sesuai la dijadikan hadiah untuk King and Queen Of The Night.
Link Shopee: Creative European Ceramic Mug Crown Diamond Cup Couple Cup Coffee Cup Set Gift Cup Senior Gift Box
Hadiah Zero MC
Tahun ni Cie buat anugerah baru untuk mereka yang tidak pernah mengambil cuti sakit bermula dari 1 Januari 2025 hingga 31 Oktober 2025. Ada 3 orang yang tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang tempoh tersebut. Cie belikan ceramic mug design berbeza.
Link Shopee: Avocado Ceramic Cup with Lid
Link Shopee: Bamboo Forest Panda Ceramic Cup Porcelain Mug Ceramic Mug Porcelain Cup Water Mug Water Cup Coffee Mug
Hadiah Persaraan Staff
Malam Dinner tu Cie sediakan hadiah juga untuk staff yang akan bersara pada Januari 2026. Dah alang-alang ada majlis tu kita bagi hadiah sekali la. Bajet untuk hadiah persaraan ni dalam RM200 so Cie dapat beli 3 hadiah sekali selempang dan juga crown. Link crown Cie tak share sebab tak berkualiti.
Link Shopee: Al Quran Tajwid dan Wakaf Ibtida Size A4 B5 A5
Link Shopee: Sejadah Gebu Custom Nama
Link Shopee: TCO Telekung Iris
Link Shopee: Kain Selempang (Sash) Custom
Semoga Idea Ini Membantu
Kalau korang tengah cari idea atau inspirasi untuk beli hadiah cabutan bertuah bajet rendah, konsep “hadiah praktikal tapi nampak premium” memang sangat membantu. Memang berbaloi untuk elakkan pembaziran dan dalam masa sama buat orang yang dapat tu rasa happy.
Cie tak share gambar sebabnya malas nak letak banyak gambar. Jenuh nak rename satu persatu. Link dan nama hadiah tu pun rasanya membantu dah untuk korang yang sedang mencari hadiah. Bukan semata untuk hadiah cabutan bertuah malahan boleh dijadikan idea untuk hadiah perkahwinan, hadiah birthday, hadiah perpisahan rakan sekerja dan pelbagai acara lagi.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.