Dinner Nasi Goreng Ayam Alamanda

Mulanya tadi nak masak mi goreng je. Semalam Faiz ada beli mi kuning Gardenia yang akan expired 2 Disember ni. Pukul 6 anak-anak ajak babahnya pusing-pusing tengok banjir. Hari ni dah 2 kali tengok banjir.

Elektrik pun dah ada tadi pukul 2 petang. 2 jam je shut down taktau la ada masalah apa. Takde kaitan dengan banjir.

Setakat petang tadi ada tempat dah surut airnya, ada yang statik je. Banjir termenung. Hari ni Alhamdulillah cuaca dah cerah, matahari pun dah bersinar tu yang banjir tak terus naik. Esok InsyaAllah surut la tu.

Pusing sekitar Bandar Lipis sampai pukul 6 lebih. Faiz tanya nak makan apa. Laju je fikir. Mulanya macam nak makan Kuetiau Goreng. Bila Faiz lalu bandar lama nampak Nasi Goreng Ayam Alamanda tu buka terus la cakap makan tu jela. Lama tak makan Nasi Goreng Ayam kat situ. Bungkus jela, dah nak Maghrib.

Nasi goreng ayam alamanda

Faiz bungkus 4 bungkus semuanya. Lupa pulak nak suruh dia bungkus 3 je. Kalau bungkus memang banyak sangat-sangat. Terlajak kenyang la kalau habiskan sebungkus tu. Diberikan juga cili potong. Memang pelengkap la.

Maka nya menu mi goreng kita tukar untuk esok pulak la. Stok makanan banyak ni tak jadi banjir. Jadi kita masak jela apa yang ada.

Ramai tadi menengok air banjir. Kat Dataran Orang Kaya Haji tu macam pesta dah. Ada yang menjala ikan, ada yang main boat remote control, ada yang healing tepi-tepi tu tengok air. Airnya termenung je tak turun, tak naik. Sebab cuaca baik hari ni. 

Banjir di dataran orang kaya haji lipis
Sebelah sana penuh orang, sebelah sini pun penuh orang tengok air banjir kat padang bola

Viral jugak guard Sekolah Menengah Clifford tu kat social media dia menjaring ikan dapat ikan keli punya la besar. Cie pun ada tengok video dia pasang jaring kat padang bola je. Sekali dia angkat jaring macam-macam jenis ikan ada. Rezeki dia la tu. 

Esok agaknya semakin surut la. Tengok forecast weather hari Selasa nanti akan hujan. Ahad dan Isnin panas. Kakak Raisha PDPR je start Isnin ni sehingga diberitahu. Semua majlis yang dirancang sebelum cuti sekolah ditangguhkan. Sekolah adik Rania belum ada pengumuman dari GB.

Cuma risau ada gelombang kedua je ni. Pernah je berlaku banjir dah surut dan tiba-tiba banjir semula sebab gelombang kedua. Harapnya tidak la.





Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Hari ini memang ada matahari.. Baju yang dibasuh juga kering.. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah baju akak semua kering hari ni sebab ada matahari ..nampak sedap nasi goreng ayam tu..4 bungkus dh cukup banyak tu..

    BalasPadam
  3. Sebenarnya saya nak gelak juga kalau lihat beberapa orang memang bisa menikmati banjir 😄. Tapi banjir yg bukan deras lah. Macam di JKT saat dulu banjir besar. Ada banyak kawasan di mana anak2 yg tinggal di sana malah menjadikan air itu sebagai tempat main mereka. Siap buat slide pula, seolah di waterpark 🤣🤣.

    Tapi itulah, orang2 asia tenggara ini memang kreatif dan pada dasarnya bisa adapt dengan banyak kejadian 😁

    BalasPadam
  4. musim hujan ni makan apa pun berselera hihi.. teringat 4,5 tahun lepas misi bantuan banjir di lipis

    BalasPadam
  5. Haaa.. sama. Semalam tempat akak pun dah naik matahari. Panas.. kain yang dijemur pun elok kering.
    Rezeki selepas banjir ya dapat keli.

    BalasPadam
  6. Moga yang baik² je lah..risau kalau ada gelombang kedua

    BalasPadam
  7. Senang kerja tak payah masak. Risau kadang tengok orang main air banjir ni. Macam pesta pulak. Harap tak adalah gelombang kedua tu.

    BalasPadam
  8. Nasi goreng ayam tu pernah rasa satu kat PJ. Sedap betul....

    Banyak betul tempat dinaiki air untuk tahun ni ya. Moga baik2 ajer.

    BalasPadam
  9. memang best if dpt menjala ikan time banjir hehehe kira part of fun during flood

    BalasPadam
  10. kawasan terengganu pun dah surut... Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Tengok gambar nasi goreng tu pun dah boleh nampak banyak betul..
    Rezeki musim banjir kan.. Meriah hasil tangkapan pak guard ye..

    BalasPadam
  12. Sini cuaca tak menentu. Kalau hujan, takde hint. Terus turun lebat.

    BalasPadam
  13. Tak berani Cuya nak main air banjir sebab kita taktahu kot2 ada kuman pape kan, kencing tikus ke bahaya.
    Kalau ada anak2 kena pesan suruh hati2

    BalasPadam
  14. musim banjir aktiviti menjala ikan macam pesta kadang tu kan cie. walau dilanda musibah tetap aktiviti camni nampak happening

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.