Lunch di BananaBro Melawati Mall: Makan Atas Daun Pisang

Sabtu minggu lepas Cie ke Melawati Mall KL saja jalan-jalan hujung minggu. Plan asal nak tengok wayang Rangga & Cinta sekali takde pulak kat GSC. Yang ada kat TGV Ampang Point je pukul 3.15 petang.

Cie decide untuk shopping sikit dan makan jela kat Melawati Mall. Bila tanya anak-anak dan suami memasing taktau nak makan apa. Nak makan kat The Chicken Rice Shop kena beratur la pulak. Kedai pun full. Mesti lambat nak menunggu.

Terpandang depan TCRS tu ada BananaBro. Cie pun tanya Faiz nak try tak makan atas daun pisang, Faiz kata boleh la. Anak-anak ikut je. Kami pun masuk ke dalam restoran BananaBro. Tak ramai orang. Cuma ada beberapa meja saja. Sijil Halal pun ada terpampang kat dinding so boleh la makan. Pekerja semua melayu.

Bananabro melawati mall

Kami masuk je terus disapa oleh pelayan. Pelayan tu tunjuk meja yang tepi pintu masuk tu. Kami pun duduk. Pelayan bagi menu dan kami pun tengok-tengok. Oleh kerana pertama kali nak makan kat situ jadi Cie tengok menu set. Senang tak payah nak pening kepala.



Cie tak pernah makan di restoran berkonsepkan daun pisang, jadi kunjungan ke BananaBro di Melawati Mall ini memang pengalaman baru untuk Cie. Dah lama teringin jadi kita cuba la. 

Walaupun konsepnya moden, mereka masih mengekalkan tradisi penyajian atas daun pisang. Sesuatu yang buat makanan nampak lebih segar, wangi dan menarik.


Pertama Kali Rasa Hidangan BananaBro

Bila order kami telah diambil dan pelayan dah punch order kami, mereka terus letakkan daun pisang besar di depan setiap orang. Rasa lain macam bila makan atas daun pisang. Ada aroma lembut daun yang buat makanan lebih menyelerakan. Untuk pertama kali makan di sini, Cie memang teruja nak cuba satu-satu menu dalam set.

BBRO’S Bestseller Set

BBRO’S Bestseller Set

Kami ambil BBRO’S Bestseller Set untuk 4 Pax dan memang portion dia meriah. Ada nasi panas, sayuran, papadum rangup dan 4 pilihan kuah kari. Kami letak semua jenis kuah kari. Semua tu akan dicedok oleh pelayan. Refill free saja ye untuk dine in. So boleh la mintak tambah.

Hidangan yang ada dalam BBRO’S Bestseller Set:

  • 4 pax craving set: nasi putih, timun yogurt, peria goreng, vegie of the day tapi tak sure apa rasa macam kentang je, papadom.
  • Chicken varuval
  • Squid rings
  • Prawn masala
  • Fried peria
Masa sampai chicken varuval tu dalam mangkuk kecik je. Kami dah risau cukup ke tak ni. Duk terfikir sotong dan udang pun mesti sikit jugak. Rupanya tidak ye. Udang dan sotong banyak juga kiranya cukup la 4 orang makan dan siap boleh ratah.


Minuman Menyegarkan: Ice Lemon Tea, Sunset Lime & Sparkling Ribena Laici

Untuk air takde dalam set tu. Tapi boleh dapat diskaun untuk Ice Lemon Tea RM5 je. Harga asal air tu RM5.90. Order 2 untuk Kakak Raisha dan Adik Rania.

Faiz order Sunset Lime RM9.90. Cie tengok tak habis airnya. Masa Faiz ke tandas, Cie taknak bazirkan air tu Cie pun sedut. Nahhh sekali sedut air gula ye. Adehhh. Patut la Fai tak habiskan.

Cie pulak order Sparkling Ribena Laici RM9.90. Sedap jugak ada laici dan nata de cocoa.


Air jela lambat sampai. Kami dah makan separuh nasi baru sampai. Tapi adik cashier tu ada minta maaf masa bayar tu dia tanya makanan ok tak, maaf lambat katanya. Kita pun ok jela.


Pandangan Cie Selepas Makan di BananaBro

Sebagai kunjungan pertama kali ke BananaBro, pengalaman Cie memang positif. Makan atas daun pisang memberi vibe masakan India asli walaupun restorannya moden. Set 4 pax yang kami pilih pula memang berbaloi, lengkap dan cukup untuk semua orang makan puas.

Cuma tu la sebab semuanya kari berempah kan so cepat muak. Kakak Raisha dan babahnya je habis makan. Cie dan adik Rania tak mampu nak habiskan. Buat ghaso ghaso kata orang tu boleh la.

Ada 1 family sebelah meja kami tu anaknya lelaki rasanya dalam lingkungan 11-12 tahun kot bertambah makan. 2 kali rasanya budak tu tambah. Faiz dan Kakak Raisha yang jenis makan bertambah pun tak menambah kat situ.

Next time rasanya kalau datang lagi kena order yang 2 pax je kot kalau ambil set. Ada jugak menu lain di situ. So boleh la add on menu lain juga. Kalau tanya berapa bintang tak reti nak rated. Kena rasai sendiri la kot.

Jangan lupa scan QR membership. Dapat point setiap kali pesanan. Tapi entah bila nak repeat lagi.





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kalau makan kat TCRS dalam mall mesti beratur panjang. Sebab resto tu jadi tumpuan ramai. Tapi sekarang kualiti makan macam dah kurang. Harga pun dah mahal.
    Saya pun tak pernah lagi makan di resto berkonsepkan daun pisang. Teringin juga nak makan di BananaBro. Aroma daun pisang tu yang best bila letak nasi panas.

    BalasPadam
  2. Suka jgk pegi BananaBro ni..Tp kena pegi time betul2 lapar =D

    BalasPadam
  3. Saya rasa kalau makan sini, nasinya banyak, boleh gendut nak habiskan. Pernah makan sekali jer bananaBro ni, di Kelantan.

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan kat Banana Bro. Bila lalu depan tu macam teringin tapi anak anak ni susah nak makan pula. Terus cancel..
    Mesti rasa loya sedut air gula je. Terbayang air gula kat KK.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.