Plan asalnya nak makan di Mikha Sup Station tu tutup pulak dan berdepan dengan kedai sup tu kedai You & Me Cafe ni la. Terus jela singgah.
Kat You & Me Cafe ni ada pelbagai jenis makanan. Tapi tu la kekadang apa kita nak order tu takde, dalam menu ada. Masa tu kami order set nasi jela dan air. Order juga cheezy wedges untuk tambah. Order nasi 3 set je Cie share je dengan adik Rania takut tak habis.
Kami order:
- PASSION FRUIT JASMINE TEA 1 RM7.90
- CLASSIC BOBA MILK TEA 1 RM5.90
- MANGO SMOOTHIES 1 RM8.90
- ORANGE JASMINE TEA 1 RM7.90
- NASI AYAM PENYET 1 RM12.90
- NASI AYAM GEPREK 2 RM12.90 = RM25.80
- CHEESY WEDGES 1 RM6.90
Makanan kat situ semuanya sedap. Kena la dengan tekak. Ayamnya pun besar jugak. Tu yang Cie share je dengan adik Rania. Portion nya besar jugak. Kakak Raisha makan nasi habis cuma ayam bahagian isi tak habis. Babah jela ratah. Adik Rania tak cukup nasi, ambil babah punya nasi sikit. Ratah ayam je besar.
Nasi ayam geprek
Nasi ayam penyet kakak Raisha
Nasi ayam geprek
Beza nasi ayam geprek ada kicap dan sambalnya tu lain sikit. Lepas tu ada kobis goreng tu. Kalau nasi ayam penyet ada sambal penyet. Tauhu dan tempe goreng tu sama. Tauhu semua tak makan, Cie je makan. Semua duk bagi Cie jela.
Cheezy wedges pun banyak cheese nya tu. Ada sesetengah tempat secoet je letak cheese jadi tak puas makan.
Siap makan terus balik rumah. Takde apa aktiviti hari cuti melainkan berehat di rumah je. Kalau malas masak, keluar cari makan. Begitulah rutin kami.


1 Ulasan
Ayam tu nampak besar dan sedap... Anak Akk tempe makan, tauhu tak makan... Akk la juga tukang perabih :)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.