Lunch Di You & Me Cafe Lipis

Awal November hari tu bersamaan dengan 1 November 2025 hari Sabtu, Cie dan keluarga makan lunch di You & Me Cafe. Mulanya pusing-pusing mencari kedai taktau nak makan di mana sebabnya semua kedai dah pernah rasa.

Plan asalnya nak makan di Mikha Sup Station tu tutup pulak dan berdepan dengan kedai sup tu kedai You & Me Cafe ni la. Terus jela singgah. 

Kat You & Me Cafe ni ada pelbagai jenis makanan. Tapi tu la kekadang apa kita nak order tu takde, dalam menu ada. Masa tu kami order set nasi jela dan air. Order juga cheezy wedges untuk tambah. Order nasi 3 set je Cie share je dengan adik Rania takut tak habis.

Resit pesanan makanan di you&me cafe

Kami order:

  1. PASSION FRUIT JASMINE TEA 1 RM7.90
  2. CLASSIC BOBA MILK TEA 1 RM5.90
  3. MANGO SMOOTHIES 1 RM8.90
  4. ORANGE JASMINE TEA 1 RM7.90
  5. NASI AYAM PENYET 1 RM12.90
  6. NASI AYAM GEPREK 2 RM12.90 = RM25.80
  7. CHEESY WEDGES 1 RM6.90
Makanan kat situ semuanya sedap. Kena la dengan tekak. Ayamnya pun besar jugak. Tu yang Cie share je dengan adik Rania. Portion nya besar jugak. Kakak Raisha makan nasi habis cuma ayam bahagian isi tak habis. Babah jela ratah. Adik Rania tak cukup nasi, ambil babah punya nasi sikit. Ratah ayam je besar. 

Air minuman di you&me cafe

Nasi ayam geprek you&me cafe
Nasi ayam geprek

Nasi ayam penyet you&me cafe
Nasi ayam penyet kakak Raisha

Nasi ayam geprek you&me cafe
Nasi ayam geprek

Beza nasi ayam geprek ada kicap dan sambalnya tu lain sikit. Lepas tu ada kobis goreng tu. Kalau nasi ayam penyet ada sambal penyet. Tauhu dan tempe goreng tu sama. Tauhu semua tak makan, Cie je makan. Semua duk bagi Cie jela.

Cheezy wedges pun banyak cheese nya tu. Ada sesetengah tempat secoet je letak cheese jadi tak puas makan. 

Cheezy wedges you&me cafe

Siap makan terus balik rumah. Takde apa aktiviti hari cuti melainkan berehat di rumah je. Kalau malas masak, keluar cari makan. Begitulah rutin kami.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Ayam tu nampak besar dan sedap... Anak Akk tempe makan, tauhu tak makan... Akk la juga tukang perabih :)

    BalasPadam
  2. Besar ya potongan ayam geprek. Wedges dia, amboih cheese melimpah. Berbaloi dengan harga

    BalasPadam
  3. Oh, nama cafe dia tak sepadan pulak dengan menunya, tapi tengah² hari dapat menu macam ni memang membuka selera anak-beranak la, Cie.

    BalasPadam
  4. Besar ayamnya..
    Mengancam cheesy wedges tu...

    BalasPadam
  5. Besar ayamnya...
    Wedges pun melambak cheese nya
    Satu hari nanti nak jalan Lipis lah...
    Kenangan kuarters ktmb Lipis...

    BalasPadam
  6. nyumz nya nasi ayam penyet tu. harga okay sangat!

    BalasPadam
  7. Bertambah sedap bila ada kobis goreng.

    BalasPadam
  8. Sangat menarik.gambar makanan sajian yang istemewa`

    BalasPadam
  9. aku suka singkong , kamu suka keju ., hehe

    BalasPadam
  10. saya suka nama cafe ni..cute dan kreatif (ala2 nama he& she jugak kan)!

    BalasPadam
  11. Fuh, nasib tak terlupa, saya puasa hari ni.
    Nama cafe tu omey ja.

    BalasPadam
  12. Kalau nasi ayam geprek ni kesukaan Dania ni....akak kureng skit

    BalasPadam
  13. Okaylah dapat makan kat sini, menepati selera juga. Ayam dia porsi besar dan nampak crispy tu. Kenyang makan tauhu je lah Cie kan, dah semua tak makan. hihi...

    BalasPadam
  14. Melihat cheesy wedges nya langsung ingat favorit saya yg versi KFC 😄. Dah lamaa sangat tak makan cheesy wedges KFC . Soalnya KFC Indonesia tak jual cheesy wedges. Hanya Di KFC Malaysia. Makanya kdg tiap ke Malaysia, saya pasti mampir ke KFC hanya utk cheesy wedges saja.

    BalasPadam
  15. Lama tak pekena cheezy wedges. Dulu2 kalau gi KFC wajib beli

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.