Pada 4 November 2025 yang lepas telah berlangsung Majlis Lambaian Kasih - ‘Budi Dikenang, Bakti Dijulang’ peringkat Hospital Kuala Lipis bagi tahun 2024-2025.
Penghujung bulan 10 surat jemputan diedarkan. Pihak Pentadbiran menjemput Ketua Jabatan dan 2 orang wakil jabatan. Pada mulanya Cie macam malas nak join. Ketua Jabatan Cie ajak jugak. Lepas tu team Pentadbiran pun beria suruh Cie datang jugak. Bos pilih lagi sorang staf Sajian untuk pergi.
Cie fikir-fikir dulu baru la bagi keputusan sebelum tarikh kena bagi maklumbalas tu. Join jela sekali sekala. Jarang pun join dinner atau aktiviti anjuran hospital ni. Majlis Lambaian Kasih tu diadakan malam 4 November 2025 di Starwell Hotel. Tema pada malam tu adalah Glam dan Glamorus. Pakai jela apa yang ada je. Sekadar menyantuni jemputan.
Rasmikan kasut baru beli dari Shopee. Ngam sampai sebelum dinner tu
Pukul 7 lebih Cie dah bersiap. Faiz hantar ke rumah staf Cie je. Cie pergi sekali staf. Sampai je kat hall Starwell hotel tu kami disambut oleh team urusetia Unit Pentadbiran. Diberikan doorgift bekas kaca. Kami terus dijemput masuk ke dewan. Kami pilih duduk kat tepi pintu utama senang nak keluar. Bos pun tak sampai lagi masa tu dia suruh cop tempat duduk.
Sempat la kami bergambar di photobooth dulu sementara majlis belum bermula dan Pengarah belum sampai. 8.30 malam macam tu Pengarah sampai dan majlis pun bermula. Ada nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Kami Sedia Membantu. Warga KKM kan tak lari la dari lagu rasmi KKM tu.
Selepas nyanyian terus bermula tentatif yang lain. Ucapan Pengarah, pemberian cenderamata kepada pesara, ucapan dari wakil pesara lelaki dan wanita.
Dan akhir sekali majlis makan pun bermula. Tengok menu kenduri kahwin ada nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai daging, acar timun, papadom dan tembikai.
Sejujurnya makanan tu tak memenuhi selera kami yang makan. Kakak yang unit Stor Perubatan tu cakap lagi sedap geng Sajian masak. Memang tak sedap. Nasi hujan panas tu beras biasa dan banyak pewarna. Ayam masak merah pulak sedikit masin. Papadom dah lemau. Mahal jugak kos sekepala makan tu. Dessert pun takde.
Memang banyak la tak habis semua makanan tu. Lagipun dah sejuk sebab makan pun dah lewat. Dalam pukul 9 macam tu. Mereka hidang tu entah pukul berapa agaknya. Masa Cie sampai 8 malam tu makan dah terhidang. Entah-entah dah awal siap hidang. Berbelas meja jugak penuh hall tu.
Akhir sekali pengacara majlis mengumumkan king and queen of the night. Geng urusetia jugak yang menang. King dimenangi oleh MC, Queen pulak team urusetia. Mereka je ikut team glam tu. Orang lain semuanya pakai apa yang ada je konsepnya. Sekadar memenuhi jemputan jela.
Pukul 10 lebih macam tu staf Cie hantar balik. Mulanya Cie kata takpe Faiz ambil. Dia berkeras jugak nak hantar. Dia kata boleh je dia hantar. Cie pun ok jela.





13 Ulasan
Frustnyer sajian tak memenuhi cita rasa para hadirin.
BalasPadamlawa kasut cie! turn off betul bila mknn tak memenuhi citarasa/standard piawai heheheh
BalasPadamTema dah glam... tp mknn pulak x best ye... kesiannya yg dirai tu
BalasPadamaduhh, bila makanan tak best, terbantut mood
BalasPadamdh la lewat makan sure lapar tp tk food tk ok plak sure lapar
BalasPadamBekas kaca tu nampak premium la. Cantik.
BalasPadamTahniah terpilih, lepas tu sajian makanan humm! membahagiakan sekali..
BalasPadamCantik kasut Cie .. cam princess² sebab tirus di depan. Photobooth pun dah cantik.. cuma makanan pulak tak best.
BalasPadamWah cantik OOTD Cie. Best ada majlis, ada makan-makan. Tapi sayangnya makanan pulak tak menepati selera tetamu.
BalasPadamAduuh sayangnyaaaaa, makanan tak memenuhi citarasa. Jadi mubazir kan banyak yg tak habis. Semoga sisa makanan bisa direcyle hal lain yg lebih berguna, macam dijadikan pupuk compost.
BalasPadamnasi hujan panas ni sesuai pakai beras basmathi kan. kalau setakat 1 menu je yg kurang, takpe lagi. ni sampai ayam pun masin, papadom pun lemau aduhai
BalasPadamsepatutnya dinner la yang [atut makanan sedap kan....dessert pun xde memang x patut la...
BalasPadamSedih kalau bab makanan tk sedap, spoil je
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.