Menu Dinner Dari Pasar Malam

Hari-hari masak sampai dah takde idea dah nak masak apa hari ni. Cakap kat Faiz pergi pasar malam jela. Dah berbulan kami tak ke pasar malam sebab taktau nak beli apa menu sama je. 

Dulu-dulu bila hari Jumaat je memang menu pasar malam la untuk dinner. Bila dah jemu baru la masak sendiri kat rumah. Hari ni saja jela plan nak beli mi goreng kuali dan rangka ayam. Takde pulak tadi mi kuali. Rangka ayam tempat kami selalu beli pun takde.

Menu Dinner Dari Pasar Malam

Jadinya beli la menu lain. Bila dah main tunjuk-tunjuk je maka penuh la meja. Nak makan 4 tekak je tapi menu yang dibeli kemain banyak. Dari taktau nak makan apa, hasilnya penuh meja. 

Antara yang kami beli tadi:
  • Air teh pyor untuk anak-anak
  • Air laicikang untuk Faiz
  • Roti john untuk Cie
  • Keropok goreng untuk semua
  • Pecal untuk Faiz
  • Karipap pedas untuk Faiz
  • Nasi berlauk ikan keli untuk kakak Raisha
  • Nasi berlauk ayam berempah untuk adik Rania
  • Asam prune dan asam apa entah lagi 1 tu untuk Cie dan Faiz
  • Tiramisu dan kek coklat cheese untuk kami 3 beranak
Cie tak beli air sebabnya lunch tadi dah minum indocafe ais siap bawak bekal ke office masuk kerja petang tadi. Tu yang tak beli dah air kat pasar malam.


Roti john tu sedap juga dia guna inti kebab. Selalu beli kebab kat situ memang sedap. Tadi try roti john pulak. RM9 penuh inti daging.


Keropok lekor lejen tu turun temurun. Dulu masa Cie sekolah menengah, mak ayahnya jual. Selalu balik sekolah je mesti beli. Sekarang ni anak dan cucu makcik pakcik tu dah menjual kat pasar malam. 



Tiramisu tu RM17. Rasa dia biasa je. Macam berair pulak kat bahagian bawah tu. Rasanya freezer burn tu. Nampak ada ketulan ais atas kek. Yang RM17 guna lady finger, kalau sponge cake katanya RM15. Cie ambil la yang lady finger.



Kek coklat cheese tu sedap jugak RM10. Banyak lagi kek lain tadi. Penjual tu tadi baru nak buka meja. Lambat betul start meniaga dah pukul 6 lebih tadi. Adik Rania la sibuk nak tiramisu. Layankan jela tadi. Siap ajak Cie mintak je kat penjual tu. Orang tu berpeluh-peluh dah mengangkat kek-kek masuk ke tengah pasar tu.

Faiz tadi beli asam prune. Cie suka asam hitam tu apa entah namanya. Memang selalu beli yang tu. Kalau ke TF beli barang dapur mesti beli. Anak-anak pun suka yang tu.


Bila dah lama tak pergi ke pasar malam macam-macam dibeli. Penjual yang sama jela takde perubahan pun. Sekali sekala kalau malas masak boleh la membeli di pasar malam.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sedapnya keropok lekor nipis tu. Cadang macam nak beli kat Pasar Malam juga tapi tiba2 nak masak pulak.

    BalasPadam
  2. Asam hitam tu Akk pun suka... Anak bongsu Akk pergi pasar malam juga tadi dgn walidnya. Beli ayam gunting favourite dia tu je la. Dinner Akk dah siapkan dah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.