Sarapan Pagi Di Restoran Kuah

Hari cuti dan malas masak untuk sarapan tu memang sinonim sangat. Tapi tu la susah betul nak mencari kedai makan. Mostly semua kedai dah makan dan dah jemu dah pun. 

Macam tadi pun pusing-pusing cari kedai makan. Ada kedai yang tutup, ada kedai yang ramai orang. Cie cakap makan di Restoran Kuah jela mesti buka. Ye memang buka pun dan tak ramai orang ok la.


Anak-anak order roti canai kosong dan teh o ais. Cie order maggi goreng dan telur mata goyang. Air tak order share je dengan anak-anak selalunya memang tak habis. Faiz pulak order capati, telur rebus, gulai daging dan air suam.




Cie suka maggi goreng kat situ sedap. Mi segera goreng tapi kita dah biasa semua mi segera kita panggil Maggi padahal Maggi tu adalah brand. Sama macam Colgate tu. Semua ubat gigi kita panggil Colgate. Branding mereka memang terkesan di hati semua orang.

Hari ni tak beli barang dapur. Plan nak bawak anak-anak jalan sempena adik Rania dah habis exam UPKK dan sempena birthday Cie. Dah habis exam takdela dah kelas hujung minggu. Kalau tak dulu tak boleh nak ke mana kelas setiap minggu. Dah habis ni boleh jalan-jalan.


Apa aktiviti korang hari ni?





Catat Ulasan

0 Ulasan