Sarapan Pagi Di Restoran Kuah

Hari cuti dan malas masak untuk sarapan tu memang sinonim sangat. Tapi tu la susah betul nak mencari kedai makan. Mostly semua kedai dah makan dan dah jemu dah pun. 

Macam tadi pun pusing-pusing cari kedai makan. Ada kedai yang tutup, ada kedai yang ramai orang. Cie cakap makan di Restoran Kuah jela mesti buka. Ye memang buka pun dan tak ramai orang ok la.


Anak-anak order roti canai kosong dan teh o ais. Cie order maggi goreng dan telur mata goyang. Air tak order share je dengan anak-anak selalunya memang tak habis. Faiz pulak order capati, telur rebus, gulai daging dan air suam.




Cie suka maggi goreng kat situ sedap. Mi segera goreng tapi kita dah biasa semua mi segera kita panggil Maggi padahal Maggi tu adalah brand. Sama macam Colgate tu. Semua ubat gigi kita panggil Colgate. Branding mereka memang terkesan di hati semua orang.

Hari ni tak beli barang dapur. Plan nak bawak anak-anak jalan sempena adik Rania dah habis exam UPKK dan sempena birthday Cie. Dah habis exam takdela dah kelas hujung minggu. Kalau tak dulu tak boleh nak ke mana kelas setiap minggu. Dah habis ni boleh jalan-jalan.


Apa aktiviti korang hari ni?





Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. pg td MZ bf kat luar jugak sblm hantar my razeen pergi kumon...anyway sama mcm cie jugak..tak tau nak mkn apa/kat mana, ada kedai yg tutup etc..haishhhh

    BalasPadam
  2. Pagi tadi briskwalk pastu beli barang dapur kat Econsave. Balik rumah kemas dry kitchen... pengsannn.... ritu ada cikti keluar dari kabinet. Teruslah operasi berdua dengan Kak Widad.

    BalasPadam
  3. saya pun sarapan kat luar jugak tadi dengan zaujah lepas brisk walk.. balik singgah kedai beli barang zaujah nak buat laksam..

    BalasPadam
  4. Menarik nampak telur mata goyang tu... Hari ni ada bbrp urusan juga perlu dibereskan

    BalasPadam
  5. lama tk mkn roti canai...pg td lps subuh husband ajak breakfast roti canai tp ujan mmg malas la nk keluar

    BalasPadam
  6. Hari cuti memang hari cuti untuk memasak juga. hihi..Teringin pulak makan roti canai.
    Harini masa untuk rehat saja.

    BalasPadam
  7. Kemarin di Ipoh dan KL tak sempat pula makan roti canai. Tapi yg saya suka biasanya roti telur. Makan dengan kuah kari kan 😍.

    Pagi nih sibuk sikit, sebab harus kirim barang2 titipan teman yg mereka titip saat saya ke Malaysia kemarin. Nasib baik bisa kirim sebelum hujan lebat turun

    BalasPadam
  8. Happy Birthday .. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu... Aamiin ..

    Pergi mana mana pun tetap panggil maggi walaupun guna brand lain 😂..

    BalasPadam
  9. Happy birthday, Cie. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan dirahmati Allah.
    Tak kemana hari ini, sebab hujan. Rehat di rumah saja.

    BalasPadam
  10. Kuning telur goreng mata tu menawan qalbu lah Cie hihihiii.
    Sanah helwah Cie. Moga sentiasa sihat, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.

    BalasPadam
  11. yg terbaru, Grab. semua e hailing panggil Grab hehehe

    BalasPadam
  12. haha betul kan, maggi tu adalah jenama. tapi kalau nampak mi segera goreng je automatik akan panggil maggi goreng!

    BalasPadam
  13. happy belated birthday kak! semoga sihat selalu, dipermudahkan urusan kerja dan bahagia bersama keluarga

    BalasPadam
  14. kalau ammi pulak breakfast macam prefer dirumah itu yang balik-balik nasi goreng sbb malas betul nak bersiap unless anak-anak request or memg dah takde apa nak dijadikan sarapan kat rumah

    BalasPadam
  15. 2-3 hari ni memang breakfast di rumah...semalam cuti pun akak breakfast makan nasi goreng PZ buat...lupa plak amik gambar

    BalasPadam
  16. Cie sama dgn saya, terkadang bila makan di restoran tak order air.
    Biasanya saya share air dgn tuan asben.

    BalasPadam
  17. Kadang macam tu lah tak tahu nak makan kat mana. Pergi tempat sama je. Tengok roti canai macam teringin pulak. Dah lama tak makan roti canai. Lega dah habis exam, nak jalan-jalan pun senang hati sikit.

    BalasPadam
  18. Lama tak pekena capati. Dulu selalu gk beli kt kedai mamak mydin

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.