Macam tadi pun pusing-pusing cari kedai makan. Ada kedai yang tutup, ada kedai yang ramai orang. Cie cakap makan di Restoran Kuah jela mesti buka. Ye memang buka pun dan tak ramai orang ok la.
Anak-anak order roti canai kosong dan teh o ais. Cie order maggi goreng dan telur mata goyang. Air tak order share je dengan anak-anak selalunya memang tak habis. Faiz pulak order capati, telur rebus, gulai daging dan air suam.
Cie suka maggi goreng kat situ sedap. Mi segera goreng tapi kita dah biasa semua mi segera kita panggil Maggi padahal Maggi tu adalah brand. Sama macam Colgate tu. Semua ubat gigi kita panggil Colgate. Branding mereka memang terkesan di hati semua orang.
Hari ni tak beli barang dapur. Plan nak bawak anak-anak jalan sempena adik Rania dah habis exam UPKK dan sempena birthday Cie. Dah habis exam takdela dah kelas hujung minggu. Kalau tak dulu tak boleh nak ke mana kelas setiap minggu. Dah habis ni boleh jalan-jalan.
Apa aktiviti korang hari ni?

19 Ulasan
pg td MZ bf kat luar jugak sblm hantar my razeen pergi kumon...anyway sama mcm cie jugak..tak tau nak mkn apa/kat mana, ada kedai yg tutup etc..haishhhh
BalasPadamPagi tadi briskwalk pastu beli barang dapur kat Econsave. Balik rumah kemas dry kitchen... pengsannn.... ritu ada cikti keluar dari kabinet. Teruslah operasi berdua dengan Kak Widad.
BalasPadamsaya pun sarapan kat luar jugak tadi dengan zaujah lepas brisk walk.. balik singgah kedai beli barang zaujah nak buat laksam..
BalasPadamMenarik nampak telur mata goyang tu... Hari ni ada bbrp urusan juga perlu dibereskan
BalasPadamlama tk mkn roti canai...pg td lps subuh husband ajak breakfast roti canai tp ujan mmg malas la nk keluar
BalasPadamHari cuti memang hari cuti untuk memasak juga. hihi..Teringin pulak makan roti canai.
BalasPadamHarini masa untuk rehat saja.
Kemarin di Ipoh dan KL tak sempat pula makan roti canai. Tapi yg saya suka biasanya roti telur. Makan dengan kuah kari kan 😍.
BalasPadamPagi nih sibuk sikit, sebab harus kirim barang2 titipan teman yg mereka titip saat saya ke Malaysia kemarin. Nasib baik bisa kirim sebelum hujan lebat turun
Happy Birthday .. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu... Aamiin ..
BalasPadamPergi mana mana pun tetap panggil maggi walaupun guna brand lain 😂..
Happy birthday, Cie. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan dirahmati Allah.
BalasPadamTak kemana hari ini, sebab hujan. Rehat di rumah saja.
Kuning telur goreng mata tu menawan qalbu lah Cie hihihiii.
BalasPadamSanah helwah Cie. Moga sentiasa sihat, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.
yg terbaru, Grab. semua e hailing panggil Grab hehehe
BalasPadamselamat memasak untuk family..
BalasPadamhaha betul kan, maggi tu adalah jenama. tapi kalau nampak mi segera goreng je automatik akan panggil maggi goreng!
BalasPadamhappy belated birthday kak! semoga sihat selalu, dipermudahkan urusan kerja dan bahagia bersama keluarga
BalasPadamkalau ammi pulak breakfast macam prefer dirumah itu yang balik-balik nasi goreng sbb malas betul nak bersiap unless anak-anak request or memg dah takde apa nak dijadikan sarapan kat rumah
BalasPadam2-3 hari ni memang breakfast di rumah...semalam cuti pun akak breakfast makan nasi goreng PZ buat...lupa plak amik gambar
BalasPadamCie sama dgn saya, terkadang bila makan di restoran tak order air.
BalasPadamBiasanya saya share air dgn tuan asben.
Kadang macam tu lah tak tahu nak makan kat mana. Pergi tempat sama je. Tengok roti canai macam teringin pulak. Dah lama tak makan roti canai. Lega dah habis exam, nak jalan-jalan pun senang hati sikit.
BalasPadamLama tak pekena capati. Dulu selalu gk beli kt kedai mamak mydin
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.