Menu Dinner Dari Pasar Malam

Hari-hari masak sampai dah takde idea dah nak masak apa hari ni. Cakap kat Faiz pergi pasar malam jela. Dah berbulan kami tak ke pasar malam sebab taktau nak beli apa menu sama je. 

Dulu-dulu bila hari Jumaat je memang menu pasar malam la untuk dinner. Bila dah jemu baru la masak sendiri kat rumah. Hari ni saja jela plan nak beli mi goreng kuali dan rangka ayam. Takde pulak tadi mi kuali. Rangka ayam tempat kami selalu beli pun takde.

Menu Dinner Dari Pasar Malam

Jadinya beli la menu lain. Bila dah main tunjuk-tunjuk je maka penuh la meja. Nak makan 4 tekak je tapi menu yang dibeli kemain banyak. Dari taktau nak makan apa, hasilnya penuh meja. 

Antara yang kami beli tadi:
  • Air teh pyor untuk anak-anak
  • Air laicikang untuk Faiz
  • Roti john untuk Cie
  • Keropok goreng untuk semua
  • Pecal untuk Faiz
  • Karipap pedas untuk Faiz
  • Nasi berlauk ikan keli untuk kakak Raisha
  • Nasi berlauk ayam berempah untuk adik Rania
  • Asam prune dan asam apa entah lagi 1 tu untuk Cie dan Faiz
  • Tiramisu dan kek coklat cheese untuk kami 3 beranak
Cie tak beli air sebabnya lunch tadi dah minum indocafe ais siap bawak bekal ke office masuk kerja petang tadi. Tu yang tak beli dah air kat pasar malam.


Roti john tu sedap juga dia guna inti kebab. Selalu beli kebab kat situ memang sedap. Tadi try roti john pulak. RM9 penuh inti daging.


Keropok lekor lejen tu turun temurun. Dulu masa Cie sekolah menengah, mak ayahnya jual. Selalu balik sekolah je mesti beli. Sekarang ni anak dan cucu makcik pakcik tu dah menjual kat pasar malam. 



Tiramisu tu RM17. Rasa dia biasa je. Macam berair pulak kat bahagian bawah tu. Rasanya freezer burn tu. Nampak ada ketulan ais atas kek. Yang RM17 guna lady finger, kalau sponge cake katanya RM15. Cie ambil la yang lady finger.



Kek coklat cheese tu sedap jugak RM10. Banyak lagi kek lain tadi. Penjual tu tadi baru nak buka meja. Lambat betul start meniaga dah pukul 6 lebih tadi. Adik Rania la sibuk nak tiramisu. Layankan jela tadi. Siap ajak Cie mintak je kat penjual tu. Orang tu berpeluh-peluh dah mengangkat kek-kek masuk ke tengah pasar tu.

Faiz tadi beli asam prune. Cie suka asam hitam tu apa entah namanya. Memang selalu beli yang tu. Kalau ke TF beli barang dapur mesti beli. Anak-anak pun suka yang tu.


Bila dah lama tak pergi ke pasar malam macam-macam dibeli. Penjual yang sama jela takde perubahan pun. Sekali sekala kalau malas masak boleh la membeli di pasar malam.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Sedapnya keropok lekor nipis tu. Cadang macam nak beli kat Pasar Malam juga tapi tiba2 nak masak pulak.

    BalasPadam
  2. Asam hitam tu Akk pun suka... Anak bongsu Akk pergi pasar malam juga tadi dgn walidnya. Beli ayam gunting favourite dia tu je la. Dinner Akk dah siapkan dah

    BalasPadam
  3. Subahanallah, makanan yang memang digemari..nikmatnya sedap..kena bersyukur kepada ilahi.

    BalasPadam
  4. https://madey09.blogspot.com/2025/11/sejadah-ini-pemberian-blogger-cie-yang.html
    Datang baca ya..

    BalasPadam
  5. InshaAllah akan klik Bwalking lagi..pasti itu..

    BalasPadam
  6. Saya akan berada di Selangor, KL, KLCC pada 02,03 dan 04 November 2025. Andai ada yang sudi, boleh juga bersilaturrahim..tapi siapalah saya di hati para blogger Malaysia..hanya insan yang sudah berusia..hanya mengharap keajaiban Allah. Semoga lancar urusan..

    BalasPadam
  7. Pasar malam tak mengecewakan memang banyak keperluan yang kita nak bawa ke rumah, seperti ini lah makanan untuk kudapan cicipan petang..

    BalasPadam
  8. sedap jer menu2 kat psr mlm ;) byk pilihan

    BalasPadam
  9. Banyakkkk tu Cie... Kadang dah kerap gi pasar malam pun tak tau nak makan apa.
    Akak suka nasi goreng atau bihun/mi goreng kuali.. kat sini sebungkus RM5, boleh makan 2-3 orang.

    BalasPadam
  10. Kalau dah pergi pasar malam memang meriah meja kan. Itu ini nak. Eh ada juga lelaki suka makan asam. Kalau dah biasa beli kat peniaga tu mesti beli situ je kan tak cari dah peniaga lain. Lama juga tu berniaga keropok lekor, turun temurun.

    BalasPadam
  11. Aiiiiih kerupuk Lekor 😍😍😍. Biasanya tiap ke Malaysia saya takpernah skip cari Lekor. Tp kemarin tuh memang tak sempat lah.... Rindu sangat nak makan Lekor. Trakhir makan tahun lalu di Penang 😄

    BalasPadam
  12. Cie sebut rangka ayam, rindu pulak nak makan. Zaman belajar dulu, memang itulah yang selalu dicari di pasar malam. Nampak bungkusan burger Ramly tu...alahai Cie, zaman Kak Amie belajar dulu burger Ramly RM1 jew. Selalu beli di Pasar Malam Seksyen 17, Petaling Jaya atau di Pasar Malam Kampung Kerinchi.

    BalasPadam
  13. pasar malam ni kalau duduk lama2, bahaya tau. semua benda nak beli!
    saya kalau pergi pasar malam suka cari chicken wings

    BalasPadam
  14. Pasar malam pun akak dh lama x pi.selalunya mudah beli kat pasar malam je kalau malas masak

    BalasPadam
  15. Argh, kita cari keropok lekor camtu. Sedapnyaaa~
    Pergi pasar malam, kalo tak cecah RM50 cecah RM100. Nampak rega marhaen namun membelinya, sampai terlupa diri.

    BalasPadam
  16. Lama Cuya tak ke pasar malam. Sebab pasar malam sini dah tak meriah macam dulu2.
    Cuya pon suka asam tuu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.