Menu Lunch 29 November 2025

Tengah masak tadi tiba-tiba blackout tanpa notis. Entahla kenapa. Nak kata banjir tak jugak. Air masih maintaun je kot tu. Pagi tadi tengok masih statik je. Biasa kalau tengah banjir baru TNB shut down elektrik. Ni takde apa pun, cuaca elok je ada la nampak matahari.

Mujur la Kakak Raisha dah masak nasi awal-awal tadi. Cie tengah masak ayam tadi. Buka la tingkap dan pintu kalau tak bergelap la masak. Akhirnya siap masak ayam ungkep, kobis goreng, ikan masin, sambal belacan mangga

Menu lunch hari ni

Sempat jugak tadi buat stok cili kering blend. Nasib baik la cepat tadi. Kalau tak tadi tak dapat nak blend. Cie memang biasa buat stok cili tu senang nak masak sambal. Cie guna cili kering yidu (tidak pedas) dan campur sikit cili kering keringting tu. Tumis je sekejap, sejukkan dan simpan dalam freezer. Tahan lama la.

Cili kering blend

Lepas Zohor nanti la baru makan. Tapi tu la gelap pulak ni. Taktau la pukul berapa pulak baru ada elektrik ni. Power bank, mini fan semua dah charge siap-siap. In case sampai malam takde ni boleh la guna. Harapnya kejap jela.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Menu menambah selera juga tu. Sama la area rumah haritu pun time² macam ni blackout tapi selalu kejap je tu

    BalasPadam
  3. Uiii...lama dah tak masak ungkep macam teringin la pulak...
    Semoga elektrik cepat pulih sebelum menjelang malam...saya ni penakut kalau gelap..hihihi

    BalasPadam
  4. Untung masih bisa memasak lauk walau gelap ya kak. Itupun dah nampak sedap 👍.

    Harap2 memang tak lama mati listrik. Tak tahulah nak bilang mana yg the worst, mati listrik, atau mati air. Kalau dah keduanya, memang dah level pasrah

    BalasPadam
  5. Sekarang PB memang kena caj siap²... kita tak tau bila masa takde letrik nanti.

    BalasPadam
  6. Susah juga tak ada elektrik ni. Panas satu hal, banyak kerja juga nak gunakan elektrik. Mujur juga kerja-kerja masak guna elektrik dah siap.

    BalasPadam
  7. memang stress kalau black out. syukur area rumah MZ ni sgt2 jrg blackout...i cannot recall bila last black out..memang tak mau lah kena black out

    BalasPadam
  8. Aduh...blackout plak ye...rumah kak SA jarang black out...masalah xde air pun jarang...kalau black out payah gak mana nak charge hp...

    BalasPadam
  9. Tiba-tiba blackout ini memang mendebarkan.. kalau kejap okay lagi, kalau lama memang huru hara..

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah sedap masakan simple. Elektrik tkde tkpe, jangan air takde. Hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.