Sebelum tidur semalam masuk kitchen mencari idea. Bihun ada, fishball dan isi ayam ada dalam freezer maka on jela masak bihun goreng je untuk sarapan pagi ni. Cie ni jarang masak bihun goreng. Bila takde idea, bihun goreng la jadi penyelamat untuk menu sarapan.
Pagi ni elok kejadian bihun goreng Cie. Cie guna bihun Jati. Pernah jugak guna Faiza. Faiza punya halus sangat. Jati ni kasar. Rendam je sekejap. Masa goreng tu letak air sikit jadi lembut la.
Biasa bila buat makanan bergoreng mesti kena ada keropok goreng. Memang sentiasa ada stok keropok kering. Cie beli kat Jaya Gading Kuantan hari tu stok keropok. Semua peminat keropok makan dengan nasi goreng, mi goreng, kuetiau goreng, bihun goreng.
Cie goreng jugak telur mata buat tambah-tambah. Tapi dah tak bermata. Telur ni dah 2 minggu Faiz beli. Biasanya kalau masuk 2 minggu memang dah tercampur kuning dan putih. Buat telur dadar ok la. Beli 1 sarang gitu la. Nanti beli yang 10 biji tu cukup la kot. Beli 1 sarang murah sikit dan kalau memang masak telur hari-hari boleh la habis.
Bihun goreng Cie ni takde sayur. Ada carrot je boleh la potong julienne campak je dalam bihun tu. Timun ada sikit potong-potong boleh la makan dengan bihun. Sejenis nak kena ada sayur jugak Cie ni.
Cili potong pun kena ada baru ngam pedas-pedas sikit. Cie potong cili halus-halus dan letak cuka sikit. Bihun tu dah ada kicap tu yang letak cuka je kat cili potong tu.
Air pulak Cie buat indocafe ais untuk Cie. Adik Rania teh o ais. Faiz dan kakak Raisha taknak air manis. Siap dah sarapan awal sebabnya adik Rania ada kelas tambahan UPKK pukul 9 pagi sampai 9 malam hari ni. Kang kena la masak lunch dan dinner kena hantar kat KAFA.
Korang sarapan apa tu? Cie kejap lagi nak keluar beli barang dapur. Biasa la aktiviti hujung minggu. Nak iron baju kerja lagi untuk seminggu.

6 Ulasan
Sama Cie menu sarapan kita pagi ni. Keropok goreng pun sama, baru goreng semalam, heheh.
BalasPadamBihun ni kalau beli kat luar susah la dapat yang sedap. Puas hati lagi masak sendiri.
BalasPadamKita baru minum kopi je ni, memang sejenis brunch terus jam 12tgh nnt. Daktiga ni, cuti sekolah memang hanyut balik lepas Subuh. Tengah mikir juga nak masak apa satgi, megi goreng sedap juga. Spegeti ke kan, hrmmm~
BalasPadamsedapnya bihun! mz pg ni bf mkn nasi kerabu!
BalasPadamKesian Cie, selalu banyak fikir nak masak apa. Saya jarang perah otak nak masak menu apa. Apa yang ada di dapur itulah yang dimasak hihihii. Janji siap ada makanan yang boleh dijamah bawah tudung saji.
BalasPadamSedap ni bihun goreng...lama Linda tak masak bihun goreng
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.