So pagi tadi Cie pun masak jela roti canai dan roti paratha tu. Baru perasan hari tu ambil yang paratha onion. Bantai jela Cie dan Faiz je makan paratha. Anak-anak tak makan.
Masa nak bayar kat kaunter tiba pulak Faiz suruh ambil kari kentang dalam tin. Marathon la Cie ke area makanan dalam tin tu. Ambil je terus 1 tin kari daging dan kentang brand Yeos.
Panaskan je kari daging tu. Ada 2 ketul kentang. Dagingnya lembut sangat. Senang kerja tak payah susah-susah nak menumis bagai.
Roti canai dan paratha onion tu Cie letak cheese sekeping. Cie memang hantu cheese. Sedap letak cheese. Kenyang breakfast instant je. Mudah dan cepat disediakan.
Lepas sarapan keluar sekejap meninjau keadaan air sungai. Nampaknya air tu bertahan je. Ada 1 laluan di simpang 3 Tempoyang dah dinaiki air. Mungkin sebab malam tadi tak hujan sangat. Kalau hujan rasanya memang naik dah atas jalan kat banyak tempat.
Matahari pun dah bersinar sikit tadi. Sekolah adik Rania dan kakak Raisha memang habis dah tu. Agaknya Isnin ni mesti mereka dicutikan. Tak semua kelas la kena banjir tapi sebahagian bangunan sekolah habis la.
Jenuh la nak membersihkan tu nanti macam banjir yang lepas cikgu sekolah panggil parents untuk sama-sama bergotong royong.

9 Ulasan
Express pun sedap...Sy pun suka paratha express nih...Kdg2 mmg beli buat stock =D
BalasPadamKalau sy tiap kali top up stok dapur mmg wajib ambik kari daging yeos ni.. kalau balik sekolah xde lauk boleh suruh anak2 bukak dan panaskan je.. diorang pun suka je kari tin yeos ni.. brand lain kureng sikit.. adabi pulak pedas diorg x brp gemar.. hehehe
BalasPadamekspres pun menggoda selera tu....
BalasPadamMulai skr rasanya memang perlu nak stok makanan instan begini. Jadi seram, belajar dari kota2 yg terputus hubungan sebab banjir dan tanah longsor, mereka kehabisan bahan makanan. Di Sibolga malah, orang2 sudah mulai menjarah supermarket , sebab memang tak ada bantuan datang , Krn akses tertutup
BalasPadamMacam ni betul-betul senang kerja masak. Cepat dan menyelerakan.
BalasPadamyg penting kenyang dan jimat tak pyh beli kat luar
BalasPadamsinggah je gambar makanan... heheheh
BalasPadamMakanan instant ini memang kena selalu ada stok, bila waktu-waktu macam ini mudah kerja.. Masak ja apa yang ada kan..
BalasPadamCuya pon hantu cheese. Apa2 pon kena ada cheese
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.