Papa Zola The Movie

Sebelum bergerak ke destinasi percutian singgah dulu ke Setapak Central Mall nak tengok wayang di GSC. Masa on the way tu dah check mall mana yang available showing time ngam waktu kami sampai KL.

Yang ada tiket hanya di GSC Setapak Central Mall je tu pun pukul 1. Yang lain waktu dan lain tempat ada cuma tinggal seat yang depan-depan je. Jenuh nak kena dongak kepala kalau seat depan.

Kami sampai di SCM tu 11.30am. Terpaksa la jalan-jalan dulu dapat beli kasut sukan adik Rania dan track suit kakak Raisha sementara nak tunggu boleh masuk.


Cie book ticket masa on the way. Guna Shopback apps dapat la cashback. Bukan setakat tu je Cie guna cashback je beli tiket tu. Cashback Cie ada RM104.45 belum cash out lagi. Dah alang-alang tu guna jela cashback tu nanti kumpul semula. 


Total tiket wayang Papa Zola The Movie RM90.40. 
  1. 3 tiket dewasa
  2. 1 tiket kanak-kanak
  3. Combo popcorn large sekali air Ice Lemon Tea - Papa Zola edition dapat sticker sekali

Sementara tunggu tu Faiz suruh tambah lagi makanan beli la apa-apa. Cie tambah beli Golden Crunch Combo RM16. Kat online takde combo tu. Beli kat kaunter jela. Dapat regular Ice Lemon Tea sekali. Boleh pilih nak soft drink atau ILT.


Hampir pukul 1 baru boleh masuk. Awal-awal masuk dah ada sorang budak menangis non stop jenuh mak ayahnya pujuk. Bila tayangan thriller tu bermula baru la senyap budak tu. Anak tak berminat nak tengok wayang agaknya tapi mak pak nak jugak tengok. Umur anak tu around 2-3 tahun kot. Mujur sepanjang tayangan tu dia senyap je.



Ramai budak-budak tengok Papa Zola The Movie ni. Entahla sedap ke tak ceritanya. Macam tak berapa faham ada campur alien la, real kehidupan seorang ayah yang bertungkus lumus bekerja sebab nak cukupkan duit nak bawak family bercuti. Cerita lawan-lawan alien. 

Part dia buat 2-3 kerja sebab nak kumpul duit tu sikit je dalam 5% je kot. Selebihnya banyak berlawan dengan alien je. Peminat PZ mungkin terhibur la kot. Pengajarannya pun ada la jugak kalau kita menghayati jalan cerita.

Dasyat juga Papa Zola The Movie ni semua tempat hampir full cinema tu. Sebelum ni kami tengok cerita lain tak sampai 50% pun full. Ni tadi boleh kata 70% seated full.

GSC Setapak Central Mall ni macam kecil sikit dari GSC Melawati Mall yang nampak lagi moden. Yang kat situ macam old school sikit seat dan tangga untuk turun ke seated tu pun nampak macam bahaya sikit.


Sambil tengok tu sempat la Cie mengarang entri ni. Jadi panjang jugak ni semoga korang rajin la membaca sampai habis ye. Hihi. Entri Cie ada pendek, ada panjang. Yang sudi baca terima kasih, yang malas nak baca skip je tau. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kena tengok Cite series tu..baru faham juga sikit²... Sempat eh mengarang sambil tengok wayang..Linda memang fokus betul².. dah tengok juga Ritu, cuma entry je tak up lagi.. hahaha

    BalasPadam
  2. Ingatkan cerita pasal kehidupan papa zola.. rupanya ada lawan2 juga ya. Kak cie tak fokus tengok wayang eh 😂

    BalasPadam
  3. oh banyak scene berlawan dgn alien ye. tapi ada baca review, citer ni banyak juga ketengahkan hubungan kekeluargaan, which is bagus sangat!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.