Cie terjumpa poster program tu di group Facebook. Cie pun ajak la Faiz ke Jerantut pada 14 Disember hari tu. Memang banyak dah baju Cie kumpul dalam plastik cuma taktau nak hantar ke mana.
Baju semuanya masih elok lagi. Ada pakaian Faiz, pakaian Cie dan pakaian anak-anak. Pakaian anak-anak memang elok lagi sebab pakai sekejap je dah tak muat.
Ada juga pakaian anak-anak, Cie simpan untuk cucu di Terengganu. Entahla bila mereka balik Pahang. Anak kepada anak saudara Cie dah jadi cucu la. Cucu-cucu pulak semuanya perempuan jadi boleh la ambil baju Mak Long Raisha dan Mak Ngah Rania. Hihi. Cucu panggil Cie, Wan Cu.
Masa mula nak hantar tu kami ingatkan masjid besar Jerantut tu. Kami solat Zohor kat situ. Lepas solat nak drop la kat masjid tu tapi takde nampak kanopi ke apa. Cuma ada longgokan plastik kat luar tempat ambil wudhuk tu. Cie fikir situ la agaknya tempat pengumpulan.
Faiz pun parking depan tempat solat perempuan dah buka bonet. Ada sorang lelaki datang kat kereta. Dia bawak meja dan alas meja masa tu. Maybe dia pekerja kat masjid tu. Dia tegur dia tanya nak hantar pakaian ke. Faiz jawab aah. Dia kata bukan kat situ. Masjid lagi 1. Dia bagitau la landmark untuk ke masjid tu. Katanya dah ramai tadi salah hantar.
Masjid besar tu namanya Masjid Tengku Mahkota Abdullah. Kami tersilap ingatkan masjid besar tu tempatnya. Masa tengok poster tu tengok tarikh je. Nama masjid tu tak ambil port sangat.
Tu yang lepas solat Zohor kami makan dulu kat Anakdol Pizza baru la bergerak ke Masjid Sultan Ahmad jalan menghala ke Benta Lipis dah.
Kami sampai je kat masjid tu nampak ada sebuah kanopi di tepi pagar dalam kawasan masjid. 1 kanopi tu penuh dengan pakaian dalam kotak. Memang banyak sangat-sangat. Cie terdengar orang tu cakap lori on the way dah. Baru sehari dah banyak gitu. Mereka buat program pengumpulan tu 3 hari.
Cie bagi baju, seluar, cadar, tuala yang belum digunakan lagi. Tuala tu dapat masa main games dinner jabatan Cie. Dapat 2 helai tuala yang sama. Tu yang tak pernah pakai pun. Bagi jela kepada yang lebih memerlukan. Seluar ada yang Cie tak pernah pakai pun lagi. Baju seluar semua masih elok.
Baju sekolah anak-anak pun ada masih elok lagi. Ada shawl anak-anak dah tak pakai, shawl yang Cie beli tapi anak-anak taknak pakai pun banyak. Tu pun dah bagi kat anak-anak saudara. Suka membeli gitu la. Takpela ada rezeki orang lain.
Semoga bermanfaat la untuk mereka yang memerlukan pakaian. Walaupun dah terpakai semuanya masih elok lagi. Yang dah koyak rabak kita buang je. Selesai je drop pakaian tu kami terus gerak balik Lipis.




14 Ulasan
Alhamdulilah...semoga bermanfaat kepada orang lain
BalasPadamAlhamdulillah, ada orang yang lebih perlu, terutama uniform sekolah.
BalasPadamAlhamdulilah Cie...moga membantu mereka yang memerlukan.
BalasPadamalhamdulillah..bagus program ni.moga bermanfaat kepada yang memerlukan
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamKita ada satu beg lagi ni, tak sempat nak hantar ke tempat biasa hantar.
moga2 yg menerima akan dpt manfaatnya
BalasPadamAlhamdulillah...projek yg bagus...ya, betul, yg koyak2 tu buang je lah atau buat kain lap...
BalasPadamAmal jariah..ladang pahala..
BalasPadamsaya pun banyak baju2 terpakai yang kondisi molek2 lagi...
BalasPadamAlhamdulilah semoga dapat dimanfaatkan oleh org yg memerlukan
BalasPadamMemang seharusnya begitu. Kita bagi barang yg masih elok. Masih layak dipakai. Pernah ada lembaga yg Bantu mengumpulkan barang2 tak terpakai utk disumbangkan, tp adaaa juga orang2 yg bagi barang2 tak patut. Baju dah robek, bagi underwear pula..mana bisa underwear didonasikan. 😞
BalasPadamJadi memang petugas hrs pilih2 lagi bajunya. Terkadang orang2 yg memberi hanya sekedar supaya lemari dia bersih saja, JD tak peduli barang yg dibagi. Padahal hrsnya kita pilih. Saya pun kalau pakaian atau apapun yg sudah robek, pasti saya buang. Tak nak lah dibagi. Malu pun
Alhamdulillah ..bagus program macam ni dianjurkan ..at least mana-mana baju yg masih elok , dh taknak pakai kita boleh sedekahkan kepada golongan kurang kemampuan .. CCL , ptg kelmarin dah pergi hantar baju² .. kurang sikit beban dalam almari
BalasPadamBagus aktiviti pengumpulan pakaian terpakai ni...Kak SA baru je sedekah kat pekerja2 office suami..ada banyak lagi tu blom habis sorting
BalasPadamSy pun nak clearkan almari juga... dah byak pakaian tp tak guna sbb makin hari makin membesar huhu... Apapun anjuran mcm nie mmg bagus...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.