Dalam pukul 8 lebih keluar dari rumah. Faiz singgah isi minyak, singgah 7E baru la ke Kopi Stesen. Mujur tak ramai sangat orang, ada lagi meja kosong.
Kami order je terus tanpa tengok menu. Dah tau nak makan apa dah kerap sangat sarapan di situ.
- Cie order Kopi O Ais dan Nasi Lemak Ayam
- Faiz order Kopi O, Roti Bakar dan Telur Separuh Masak
- Kakak Raisha order Teh O Ais dan Roti Bakar
- Adik Rania order Teh O Ais dan Nasi Lemak Ayam
Sekejap je makanan dan minuman semua sampai. Terlebih kenyang pulak order Nasi Lemak. Cie tinggalkan sikit untuk Faiz habiskan. Lepas tu adik Rania pun tak habis. Bagi kat Faiz dia taknak dah kenyang. Terpaksa la Cie habiskan ayam dan nasi sikit.
Nampaknya lunch ni kang nak skip makan. Lepas dah siap sarapan Faiz bayar total makanan RM42. Mujur dia parking jauh sikit boleh la terbakar sikit kalori Nasi Lemak ni. Hihi.
Bergerak la kita ke destinasi percutian keluarga yang telah dirancang sejak awal tahun. Beria kan merancang dari awal tahun macam la nak ke oversea. Padahal dalam Malaysia je.
Pesanan: jemput join Segment Pencarian Bloglist Januari - Mac 2026, tarikh tutup 28 Disember. Tak lama dah ni. Setakat ni baru sorang je dah join. Kalau tak ramai join automatik dapat masuk bloglist. Kalau bawah 10 orang semua Cie akan masukkan. Lebih dari 10 baru buat undian. Please korang support Cie.


4 Ulasan
semoga perjalanan dan percutian berjalan dgn lancar.. nampak sedap menu2 breakfast tu.
BalasPadamnanti nina join segmen ya
Nasi lemak special, ada ayam :)
BalasPadamsemoga selamat sampai di destinasi...happy holiday...heavy breakfast, kenyang sampai tengahari..
BalasPadamnampak menarik roti bakar tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.