Kejohanan Olahraga Tahunan 2026

22 Januari 2026 Hari Khamis baru ni sekolah kakak Raisha mengadakan upacara penutup Kejohanan Olahraga Tahunan 2026. Kakak Raisha takde masuk apa-apa acara cuma perbarisan waktu penutup tu jela.


Seawal 6.30 petang dah hantar kakak Raisha ke sekolah. Awal betul nak buat persiapan katanya. Majlis penutup akan bermula 8 malam. Cie pergi selepas Isyak. Tahun lepas pun buat malam, kami datang awal tapi nak tunggu VIP sampai jadi lewat jugak bermula majlis.

Pengetua berucap. Nama pengetua ni sama nama Roziah. Hihi

So kali ni dah ada pengalaman Cie datang selepas Isyak. Sampai sekolah 9 malam. Kena menapak jauh jugak takde parking. Sebelah sekolah pulak ada SOHO Festival jadinya tak boleh parking di situ.

Sampai kat padang sekolah semua peserta baru berarak masuk ke tengah padang. VIP pun dah sampai. Ngam elok je waktu kami sampai majlis baru nak bermula. Full takde tempat duduk. Kami berdiri jela dulu sambil melilau kot ada tempat kosong.

Dalam 40 minit berdiri, baru la ada kosong tempat duduk. Ada orang dah balik. Sebenarnya bukan takde kosong tapi sejenis selfish. Letak beg la, makanan la atas kerusi tu yang tempat tu tak boleh duduk. Kita pulak bukan jenis nak suruh orang alihkan.




Dah dapat duduk tu baru la seronok nak tengok semua persembahan penutup. Tempat pun selesa tak panas. Ada kipas. Cie beria la bawak hand fan takut panas. Botol air pun bawak bekal.

Rezeki dapat tempat duduk ada kipas

Gimik perasmian ada seorang budak pakai topeng bawak ipad dan serahkan kepada VIP. Lepas tu VIP tekan-tekan la. Terus menyala api kat tengah padang dan huruf KOT menyala. Lepas tu ada bunga api banyak das juga.


Rumah sukan kakak Raisha warna biru nama Leonard. Menang tempat pertama untuk perbarisan dan tempat pertama juga acara cheers. Memang best pun rumah kakak Raisha Cie dah agak mesti menang.


Masa nak umum pemenang kejohanan pulak ada gimik jugak. Ada remote control truck bawak keputusan tu ke pentas utama untuk diserahkan kepada emcee.


Keseluruhan tempat untuk kejohanan je rumah kakak Raisha dapat tempat ketiga. Lupa pulak berapa mata. Tapi ok la ada jugak acara yang rumah Leonard menang.

Akhir sekali atlit sekolah turunkan bendera kejohanan dan serahkan kepada VIP. Jumpa sukan tahun depan pulak.


2 tahun dah sekolah kakak buat kejohanan sukan minggu kedua persekolahan sebabnya pengetua nak fokus kepada pembelajaran terus selepas habis sukan. 2 tahun jugak dah penutup kejohanan dibuat waktu malam. 

Majlis malam tu habis 11 lebih. Esoknya Jumaat sekolah macam biasa takde cuti. Jamuan rumah sukan pulak.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wow! masih gelap ya sana..program dah bermula...

    BalasPadam
  2. awal buat hari sukan...kiranya minggu pertama sekolah tu terus buat acara untuk hari sukan ke?

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.