Festival SOHO Lipis 2026

Pada 22 Januari hingga 26 Januari 2026 baru-baru ni telah berlangsung Festival SOHO Lipis 2026 di Dataran Orang Kaya Haji. Cie berkesempatan la ke situ pada hari Sabtu tu. Nak makan di tengah padang macam sebelum ni bentang tikar.



24 Januari 2026

Kami keluar selepas Isyak. Sampai je parking dalam hospital. Parking luar memang penuh la. Ada tempat rahsia parking sebelah office Cie. Hihi. Dalam tu memang staf hospital je parking.

Cie dengan bawak beg IKEA dalam tu ada tikar, hand fan, mineral water, tisu, wet tissue, sudu garfu semua ada la. Tengok orang atas padang tu penuh. Memang sangat ramai. 

Gerai jualan makanan semua kena beratur la. Cie dan Faiz berpecah. Faiz beratur kat Sepah Penyet dan Cie beratur di Nasi Ganja Pegheleh. Tu je yang ternampak di mata. Ramai sangat orang. Lama jugak la hampir nak sejam juga kot beratur.


Nak keluar semula dah malas. Jadi gigih jela beratur dengan peluh mengalir. Mujur ada bawak handfan membantu la jugak bagi udara sikit. Cie tu beratur orang ke 10 lebih kurang tapi sebab depan tu bungkus banyak semuanya jadi jem la kedai tu nak bungkus. Team bungkus dia 2 orang je pun.


Cie order 1 je Nasi Ganja Ayam Bawang. Nasi selambak betul. Memang banyak sangat. RM15 je sebungkus. Ada kuah pelbagai jenis, ada telur masin, kobis goreng, sambal. Sambal je rasanya dia tak letak. Mungkin terlupa. Cuma sayur je Cie perasan masa bungkus tu takde. Cie tanya la sayur macam takde tu terus la dia buka semula dan letak sayur.




Boleh asingkan kuah. Cie malas nak suruh bungkus asing. Biar jela letak sekali sebab nak terus makan. Siap disediakan tisu dan plastic glove. Memang senang la nak makan pakai glove je.

Faiz siap dulu bungkus Sepah Penyet. Sepah Penyet RM15 ke RM20 lupa dah harga Faiz cakap malam tu. Ada dapat 1 air. Katanya Teh O Ais tapi Cie rasa sikit pelik je rasanya. Warna pun hitam dah macam nescafe. Faiz beli juga ais krim bubble bee tu. 




Faiz beli jugak 2 jenis air. Cie dah cakap jangan beli banyak nanti tak habis. Beli cup kecil pun tak habis. Air tak berapa sedap sangat.


Nasi Ganja Pegheleh tu memang sedap sangat-sangat. Nasi banyak kami share je makan memang cukup. Semua cukup rasa. Memang puas hati.

Sepat Penyet tu bagi Cie tak sedap. Sambal penyet tu ermmm takde rasa. Pedas tu ada tapi rasa macam kosong. Ayam tu pulak memang lagi sedap kedai Nasi Ayam Penyet kat Lipis ni je. Mungkin jual nama jela kot. Kalau makan di kedai taktau la sama rasa ke tak.

Faiz pun cakap lagi sedap Nasi Ayam Gepuk Pak Junid tu. Mungkin sedap di tekak orang lain tidak di tekak kami. Gitulah kan bab rasa ni subjektif.

Kami makan kat tepi padang je, bentang tikar. Tengah padang dan depan padang memang full. Ada persembahan artis. Ada Amad anak buah Siti Nurhaliza, ada kumpulan Cherpen. Masa Amad nyanyi tu kami tengah beratur beli makanan. Rupanya Amad tu nak pengsan dan kakak dia Umai sambung nyanyi. Patut la ada dengar suara perempuan pulak sambung nyanyi.



Selepas Amad tu baru la ada kumpulan Cherpen. Elok je lepas makan sempat la dengar Cherpen nyanyi beberapa lagu hujan mula turun rintik-rintik. Kami pun gerak balik la takut hujan lebat tak sempat nak ke kereta. Elok kami gerak balik tak hujan pun dah.

Balik jela masa tu dah pun pukul 11. Kalau tunggu pun tak dapat tengok muka penyanyi pun. Pentas jauh ke depan dan takde screen disediakan. Cuma dengar suara dan nampak lampu stage je. Kami lebih kepada nak makan dan santai malam minggu je bukan la nak sangat tengok artis tu.


26 Januari 2026

Hari terakhir festival Cie singgah lagi sebelum masuk kerja pukul 2 petang. Cie bawak adik Rania ke office sebab kakak Raisha ada kelas KKQ sampai 4.45 petang. 

Adik Rania nak potato spiral. Cie tak tanya harga terus order je sekali nak bayar baru nampak harga RM15. Dah order terpaksa la bayar. Mahal juga. Rasanya dulu-dulu RM10 je harga. 


Nasi Ganja Pegheleh tu siang-siang pun ramai orang beratur memang sedap. Gerai potato tu sebelah kedai Nasi Ganja tu je.

Teh Ais RM8 pun adik Rania nak. Cie rasa sikit macam pelik je rasanya tu. 


Cie beli Pizza 4 Benua dari Kopiza.Co RM30. Yang ni berbaloi. 4-5 jam pun roti pizza tu masih lembut. Rotinya tebal. Memang tak rugi beli yang ni. 4 benua tu intinya ayam, daging, sosej dan crabstick.




Nak membeli kat food festival macam ni memang kena sediakan duit yang banyak baru dapat beli. Semuanya takde harga yang murah. Kalau sedap memang berbaloi. Kalau tak sedap tu memang frust la jugak.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kadang bila beli tak tahu juga mana yang sedap kan. Terkena yang sebaliknya sedih la tapi mungkin ada peniaga yang kita biasa dengar kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.