Bila cari hotel sekitar Bangi atau Kajang, salah satu yang sering jadi pilihan ramai ialah Le’Venue Hotel Bangi. Hotel ini sesuai untuk pelbagai tujuan sama ada staycation keluarga, urusan kerja, menghadiri majlis atau sekadar singgah bermalam sebelum bercuti ke tempat menarik sekitar Bangi.
Kali ini Cie nak kongsikan pengalaman menginap di Le’Venue Hotel Bangi, dari segi lokasi, bilik, kemudahan dan sama ada hotel ini berbaloi atau tidak.
Lokasi Le’Venue Hotel Bangi
Le’Venue Hotel terletak di Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Selangor. Lokasinya memang strategik kerana:
- Bersebelahan dengan Bangi Avenue Convention Centre
- Sangat dekat dengan Bangi Wonderland Theme Park
- Banyak restoran, kafe dan kedai makan di sekitar hotel
- Mudah akses dari Kuala Lumpur, Kajang dan Putrajaya
Untuk yang bawa keluarga atau anak-anak, lokasi ini memang memudahkan sebab tak perlu memandu jauh untuk cari makan atau aktiviti.
Proses Check-in & Suasana Hotel
Proses daftar masuk di Le’Venue Hotel Bangi agak lancar. Kaunter hadapan beroperasi 24 jam, jadi sesuai untuk tetamu yang tiba lewat malam. Cie check in pun dah petang dalam pukul 6 lebih baru sampai ke hotel.
Suasana hotel nampak moden dan kemas. Ruang lobi agak luas, selesa, bersih dan teratur. Staf juga mesra dan membantu bila ditanya.
Jenis Bilik & Keselesaan
Cie ambil bilik Deluxe Double Queen dengan harga RM197.12 tanpa sarapan.
Bilik yang kami menginap luas dan selesa, sesuai untuk keluarga. Katil empuk, bilik berhawa dingin dan kebersihan memuaskan.
Kemudahan dalam bilik termasuk:
- Katil selesa
- Sofa
- Almari 2 side yang sangat luas
- TV skrin rata
- WiFi percuma tapi slow sangat
- Kemudahan membuat air panas - ada kopi & teh
- Air mineral
- Bilik air dengan pancuran & bidet
- Toiletries (shampoo, shower gel, shower cap)
Untuk harga yang ditawarkan, keselesaan bilik memang sepadan.
Kemudahan & Fasiliti Hotel
Antara kemudahan yang disediakan:
- WiFi percuma tapi slow
- Parking percuma tapi jauh sikit di bangunan sebelah
- Valet parking RM20
- Lif
- Kemudahan mesyuarat & acara
- Akses mesra OKU
Hotel ini juga sesuai untuk seminar, kursus atau majlis perkahwinan kecil kerana berdekatan pusat konvensyen.
Makanan & Sarapan
Cie tak ambil sarapan jadi tak boleh nak komen. Bilik kami kat tingkat 1 jadinya berbau kuat sampai ke bilik bau menu sarapan. Takpela next time kalau stay lagi boleh ambil sekali sarapan pulak.
Di luar hotel tu banyak je cafe boleh la cari makanan. Ada juga kedai Mi Tarik. Dah check out baru la perasan. Memang takde plan nak cari makan area situ pun.
Seberang jalan hotel tu ada Richeese Factory dan FamilyMart boleh la kalau nak cari makan. Betul-betul berdepan dengan Bangi Wonderland.
Kelebihan Le’Venue Hotel Bangi
Antara perkara yang Cie rasa menjadi kelebihan hotel ini:
- Lokasi sangat strategik
- Bilik luas dan sesuai untuk keluarga
- Berdekatan Bangi Wonderland
- Mudah cari makanan
- Harga berpatutan
Kekurangan Yang Perlu Diketahui
Tiada hotel yang sempurna. Antara perkara kecil yang mungkin boleh diperbaiki:
- Kemudan iron dan iron board tidak disediakan di dalam bilik. Hanya disediakan di setiap floor.
- Parking jauh sikit kena menapak kalau yang free hotel parking tu.
Namun secara keseluruhan, ia tidak menjejaskan keselesaan penginapan.
Berbaloi Atau Tidak Menginap di Le’Venue Hotel Bangi?
Ya, berbaloi, terutama jika:
- Datang bersama keluarga
- Mahu ke Bangi Wonderland
- Ada urusan kerja atau seminar di Bangi
- Mahu hotel selesa dengan harga sederhana
Le’Venue Hotel Bangi sesuai dijadikan pilihan untuk penginapan ringkas atau staycation pendek.







13 Ulasan
Harga pun satu malam ok kan kat Agoda dalam RM204..Janji selesa la kan....
BalasPadamaah harganya ok untuk bilik yang besar jugak.
PadamWahhh..Nice =)
BalasPadamLokasi strategik penting, di samping dekat dengan tempat makan. Nampak selesa hotelnya.
BalasPadamKalau hotel dekat je dengan kedai makan, biasanya akak pun tak ambil bilik dengan sarapan.
BalasPadamNampak mewah tapi harga tak sampai RM200 semalam .. ok sangat lah tu.. kalau ada urusan kerja mmg kena cari hotel yg boleh berehat sehingga hilang penat.. 👍🏻😉
BalasPadamOkay sangat harganya tu. Bilik pun nampak selesa.
BalasPadamMulanya bila dengar nama hotel macam kat area Bangi ni macam tak familiar. Bila tengok lokasi kat Bangi Avenue...ohhh baru la tahu.
BalasPadambilik besar luas dan harga berpatutan. nampak berbaloi dari gambar yg cie tunjuk ni
BalasPadamBestnya bercuti dgn keluarga. Yang penting hotel selesa
BalasPadamAiiiih muraaah , dengan fasilitas dan hotel yg lumayan luas. Saya sukaaaa lobby ya, nampak cantik, dengan granit dan lantai mozaic 😍😍😍. Karpet di hall menuju kamar pun baguuus.
BalasPadamKalau wifi lemah, saya tak terlalu masalah, sebab jika traveling saya memang selalu bawa modem wifi dari Indonesia kak.
luas bilik hotel ni, memang sesuai utk keluarga!
BalasPadambagi sy kalau iron letak kat luar tu ok.lg kalau bandingkan dgn hotel yg mmg x sediakan iron langsung... rs nk nanges je
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.