Sesi Persekolahan 2026: Buku Teks dan Buku Tulis

Sedar tak sedar dah nak masuk sesi persekolahan 2026. Adik Rania Darjah 6 tahun terakhir di alam sekolah rendah. Kakak Raisha dah Form 2. Kalau ikutkan tahun ke 5 dah bersekolah di situ sejak Darjah 4. Kakak Raisha dulu Sekolah Indera Shahbandar Pahang di sekolah menengah penempatannya.

Selesa sangat la sekolah di situ masa masuk Form 1 tahun lepas. Sampaikan tolak tawaran SBPI Temerloh. Apa boleh buat tuan badan taknak. Dah siap-siap cakap nanti Form 4 kena apply semula SBP / MRSM bagi rasa suasana duduk asrama. Duduk rumah ni faham-faham jela suasana belajar tu lain sikit.

Untuk Sesi Persekolahan 2026 ni urusan beli buku dah selesai sebelum buka sekolah. Jadi takdela ibu kena cuti untuk urusan daftar. Takde daftar anak untuk tahun ni.

Bab baju sekolah adik Rania pakai uniform lama. Masih muat dan tahun ni last dah pakai. Kakak Raisha je beli baru. Baju lama tu dah comot, kain terbuka jahitan entah macam mana pakai boleh rabak. Cie dah jahitkan hari tu boleh la pakai sementara sebelum mula cuti sekolah.


Buku Teks Darjah 6 dan Form 2

Cie dah settle kan awal balut semua buku teks. Siap awal senang takdela kalut time nak buka sekolah. Cie beli pembalut dari Shopee yang 20m terus senang. Cie beli dari seller ni ESON ERA Stationery. Malas nak ke kedai buku, beli online je senang.


Buku teks anak-anak dapat ni ada yang dah uzur sangat dah. Ada jugak parents stapler buku tu jadi berkarat dan rosak. Tak faham jugak kenapa nak kena stapler. Terpaksa la Cie tanggalkan semua sebab dah berkarat. Ada jugak yang tulis nama anak pada helaian muka surat buku teks. Macam anak dia sorang jela nak guna buku tu.









Banyak buku yang Cie kena tampal sallotape nak bagi melekat dari tercabut. Terlalu ramai dah pinjam sampai takde ruang nak tulis nama dah lebih 6 orang peminjam. Sepatutnya buku yang dah lebih 4-5 tahun dah boleh lupus dan gantikan buku baru.

Settle balut semua dah pada 13 Disember 2025 tengok date pada gambar. Cie guna sallotape je takdela rosakkan kulit buku jadi belubang kesan stapler. Cie tak guna yang readymade pembalut tu macam tak ngam dengan size buku teks.




Buku Tulis Dan Baju PJ

Khamis minggu lepas Faiz dah beli buku adik Rania semua sekali RM46.50 selepas dah tolak lencana. Pesan siap-siap kat Faiz jangan beli lencana. Setiap tahun dia beli, tak tolak pun dalam list cikgu bagi tu. Maka nya belambak la lencana adik Rania yang masih ada tu rasanya lebih 10 keping campur masa kakak Raisha darjah 1 hingga 3 kat sekolah yang sama.


Orang lelaki ni memang kena pesan siap-siap. Kalau tak mereka main bayar je. Kita orang perempuan ni teliti check sesatu apa yang perlu. Buku tu pun ada yang tak perlu boleh pakai tahun lepas punya tapi tu la cikgu nak mudah dah letak siap-siap dalam woven bag dan letak harga siap-siap dah.

Woven bag pun setiap tahun la beli dah belambak kat rumah tu. RM1 untuk woven bag. Sekolah adik Rania ada la cop sekolah. Kakak Raisha punya tahun ni kosong je. 

Hari Sabtu selesaikan untuk kakak Raisha pulak. Yang kakak kena bawak dia sekali sebab nak ukur baju PJ. Ukur kat badan gitu je. Tapi tu la balik rumah try pakai nampak macam ngam je nanti takut setengah tahun dah tak muat. Nak kena ambil size lain pulak. Sehelai baju RM35 dan untuk buku RM33.40 termasuk woven bag.





Print Nama Tampal Pada Buku

Setiap parents ada cara tersendiri nak letak nama anak-anak pada buku. Ada yang tempah sticker, ada yang tempah cop, ada yang tulis tangan je. Terpulang pada keselesaan masing-masing kan. Takde cara salah atau betul.

Cie pulak lebih selesa untuk print nama anak-anak. Cie beli sticker paper, taip nama dalam excell menggunakan laptop dan print je nama anak dan nama kelas. Bila guna sticker paper ni senang la lepas gunting terus tampal. 

Untuk buku teks Cie tampal sticker name tu lepas tu tampal guna sallotape pulak. Lebih tahan la takdela tertanggal. Buku latihan anak-anak Cie jenis licin memang kalau cop atau tulis tangan nanti jadi mengembang ink tu. Tampal sticker yang di print sendiri lagi mudah.

Selesai Urusan Persekolahan Anak-anak

Bila dah selesai lega dah tak payah nak pening. Tinggal nak masuk sekolah je. Bab alat tulis dan lain-lain anak-anak dah besar pandai susun sendiri dah. 

Selamat menjalani Sesi Persekolahan 2026 dan selamat menuntut ilmu buat kedua-dua anak dara Cie, Kakak Raisha dan adik Rania serta semua anak-anak yang bakal memasuki sesi persekolahan tahun ni. Semoga anak-anak semua diterangkan hati untuk menerima ilmu dan semoga berjaya.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Bersemangat Cie bantu persiapan persekolahan anak-anak. Semoga anak-anak bersemangat untuk belajar.

    BalasPadam
  2. Linda baru siap balut buku semalam.. nak pindah punya pasal.. risau tertinggal buku..jadi kemas siap²..hihihi

    BalasPadam
  3. Buku² teks Adik pun ada 2-3 buku dah rosak. Tapi peminjam sblm ni hantar buku & borangnya tanda pada bahagian elok. Pdhal dah rosak & kena ganti tu patutnya.

    BalasPadam
  4. betul tu ana dulu pun suka balut buku guna salotape sbb xnak rosakkan kulit buku hurmm

    BalasPadam
  5. Kesian kalau anak2 dapat buku teks pinjaman yang dah uzur. Nak guna pun takde semangat.

    BalasPadam
  6. Banyaknya stapler yang Cie buka, sabar jelah kan dapat buku teks rupa gitu.

    BalasPadam
  7. uzur sgt dh buku2 teks tu...anyway, esok back to school lah utk anak2 kita semua ;) Allahumma yassir

    BalasPadam
  8. teringat dulu ckp tkt nak guna stapler. bukan apa... tkt berkarat satu hal. then kalau x kena gayanya sng je pembut terbuka / koyak. berbanding salotep kira kukuh lg...

    diam x diam esok dah msk sesi persekolahan baru

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.