Masa tu Cie taktau lagi menang. Tiba-tiba penganjur DM Cie kat Instagram. Bagitau Cie menang giveaway dan beliau bagitau Cie menang printer. Double terkejut la Cie. Tak sangka pulak Cie yang dapat printer tu.
Alhamdulillah rezeki tak disangka. Datang tanpa kita tau pun. Alhamdulillah syukur sangat sejak kembali aktif semula kat blog macam-macam rezeki hadiah rakan blogger bagi.
Cie pulak pantang la nampak ada giveaway kat blog ni memang laju jela join. Menang ke tak menang ke belakang cerita asalkan kita dapat support rakan blogger dan luaskan lagi perkenalan dengan rakan blogger. Tak rugi pun tambah kenalan alam maya.
Mulanya Cie dah lupa. Ternampak DM kat IG Cie baru teringat eh belum dapat hadiah tu. Ingatkan penganjur terlupa dah. Awal bulan 12 penganjur DM Cie tu. Tup tup semalam tu adik Rania cakap ‘barang ibu sampai’ masa dia keluar rumah nak angkat kain.
Cie pun pelik mana ada order apa-apa sekali tengok adik Rania bawak masuk baru ingat oh printer hadiah giveaway. Kelmarin baca blog Cuya dah dapat hadiah giveaway yang sama. Cuya dapat mouse.
Nanti la ada masa baru nak test printer ni. Cie dapat Canon E410. Cie dah ada printer. Kiranya ni printer ketiga la Cie. Printer pertama dulu beli tahun 2009-2010 gitu la Canon jugak. Dah rosak yang tu. Tahun 2022 Cie beli printer baru brand HP. Jadi ada 2 la printer Cie sekarang ni.
Tengok nanti kalau ada nak print dokumen yang ada colour untuk kegunaan office boleh la bawak ke office je. Office Cie takde printer colour. Nak print colour kena buat di Unit Pentadbiran. Jabatan-jabatan hanya dapat mesin fotostat black je.
Dah alang-alang dapat printer free sekali ink toner ni boleh la guna. Kalau tak guna rugi jugak kan.
Terima kasih banyak penganjur yang berikan hadiah printer ni secara percuma sahaja, mahal jugak harganya tu. Semoga dilimpahkan rezeki buat penganjur dan dipermudahkan segala urusan.


4 Ulasan
wahhh. tahniah cie. seronok nya. bagus la rajin join. kalau akak ni, ya hampun. dah makin malas. all the best cie.
BalasPadamselamat tahun baru... MA pun terima dah baru dpt hadiah dr giveaway yg sama. MA dpt thumbdrive...ok la.boleh guna kan..congrats dpt printer..nice sgt
BalasPadamWah bestnya..Alhamdulillah..Rezeki tahun baru..
BalasPadamAlhamdulillah tahniah cie.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.