Terjebak jugak la membeli lagi di kedai Eco. Siap beli banyak pulak tu 4 kotak. 2 Faiz pasangkan, 2 lagi Cie buat. Dengan kecil-kecil nya lego tu. Haihhhh memang menguji kesabaran tapi nak juga siapkan.
Bila dah siap syok jugak dapat tengok hasilnya. Memang banyak jenis ada kat kedai Eco tu. Yang penting murah je RM2.60 je. Sekali sekala asah minda nak pasang bagi jadi.
Walaupun untuk kanak-kanak ada masa orang dewasa pun boleh jugak buat ni untuk saja mengisi masa terluang.




0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.