Kad Pengenalan Adik Rania Dah Siap

Hari Khamis 12 Februari 2026 tu Cie bagi slip ke Faiz suruh dia ambil IC adik Rania dah siap. Masa tu Faiz tak sempat pun lagi ke JPN, dah dapat panggilan abang Cie sakit tu.


Awal pagi tu tergerak hati nak check IC dah siap ke belum. Dah seminggu la kalau ikutkan pergi buat IC tu 6 Februari hari Jumaat.


Sebelum gerak ke Hospital Pekan, Cie ajak Faiz singgah JPN dulu ambil IC senang nanti kalau nak masuk melawat dah ada IC. Kanak-kanak umur 12 tahun ke atas je boleh masuk melawat.

Mujur tak ramai orang masa nak ambil IC tu ambil nombor terus dipanggil. Tak sampai 5 minit la proses. Terus dapat IC. 

Lepas ambil IC baru la kami gerak ke Pekan. Suka la adik Rania dah dapat IC. IC anak-anak Cie la yang pegang. Bagi mereka pegang nanti takut hilang je. MyKid pun masih ada.


Catat Ulasan

0 Ulasan