Kad Pengenalan Adik Rania Dah Siap

Hari Khamis 12 Februari 2026 tu Cie bagi slip ke Faiz suruh dia ambil IC adik Rania dah siap. Masa tu Faiz tak sempat pun lagi ke JPN, dah dapat panggilan abang Cie sakit tu.


Awal pagi tu tergerak hati nak check IC dah siap ke belum. Dah seminggu la kalau ikutkan pergi buat IC tu 6 Februari hari Jumaat.


Sebelum gerak ke Hospital Pekan, Cie ajak Faiz singgah JPN dulu ambil IC senang nanti kalau nak masuk melawat dah ada IC. Kanak-kanak umur 12 tahun ke atas je boleh masuk melawat.

Mujur tak ramai orang masa nak ambil IC tu ambil nombor terus dipanggil. Tak sampai 5 minit la proses. Terus dapat IC. 

Lepas ambil IC baru la kami gerak ke Pekan. Suka la adik Rania dah dapat IC. IC anak-anak Cie la yang pegang. Bagi mereka pegang nanti takut hilang je. MyKid pun masih ada.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Mudahnya, boleh check online je.
    Adik Rania rasa dah jadi orang besar la tu ya, dah ada IC 😀

    BalasPadam
  2. Excited dulu nak buat IC. Nanti umur 18 tahun (sebelum 25 tahun) kena buat IC baru lagi.

    BalasPadam
  3. Abang Mu'az memang dah pegang IC sendiri, tapi selalu pesan la suruh jaga elok².. abang Mueez pula, tunggu hari nya je nak buat IC
    .bulan 7 nanti..tak sabar dia nak buat IC.. kikiki

    BalasPadam
  4. adik rania dah remaja, dah ada ic sendiri

    BalasPadam
  5. wahhhh dah siap IC maknanya dah jadi org dewasa ya rania hehehe

    BalasPadam
  6. Sayapun pegang ID anak2. Takut hilang lah kalau mereka yg simpan 😅

    BalasPadam
  7. Kadang pergi Jabatan Pendaftaran Negara kalau ramai orang boleh tahan juga menunggu… ni kira lucky day la ni

    BalasPadam
  8. congrats rania!! my razeen bln aug nanti nak kena buat IC la

    BalasPadam
  9. Teringt masa mula2 Cuya amik Ic

    Takde kenangan gmbr ic lama lk

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.