Menu Berbuka 3 Ramadan 1447H

Seawal pukul 2 tadi dah masuk kitchen prepare bahan untuk masak petang. Buat jugak puding caramel resipi Khairul Aming tu. Adik Rania request. Video tu pun lalu lalang di Facebook dan Instagram. Maka terjebak la kita.

Sambil-sambil buat stok sambal hitam. Senang kalau nak makan sahur dengan roti. Ada lebih roti buat puding caramel.

3 lebih settle semua tu, mandi dan berehat sekejap sementara tunggu Asar. Lepas Asar baru start masuk kitchen untuk masak menu berbuka 3 Ramadan 1447H.


Untuk menu hari ni Cie masak kari ikan tanpa santan, ayam goreng kunyit dan bayam goreng. Kena ada menu ayam juga kalau menu ikan sebabnya adik Rania tak makan ikan sangat. Select budak tu. Kakak Raisha bedal je semua.


Ikan tu Cie lupa nama apa. Ada pekerja BS tu cakap hari tu. Ikan kerapu kot tak ingat. Cie buat kari tak letak santan. Malas nak masak bersantan. Letak herba campur dan juga belimbing buluh. Entahla apa rasa tu harapnya sedap.

Ayam goreng kunyit tu buat style kedai makan siam. Ada kacang panjang, bunga kobis, carrot, bawang holland dan cili besar. Ayam tu potong kecil-kecil dan gaul dengan tepung jagung sikit, garam dan serbuk kunyit. Goreng la sampai garing dan masukkan sayur tu. Bila dah masak toskan minyak.

Tu jela menu hari ni. Buah pun ada epal merah dan limau. Nanti nak makan baru letak asamboi. Nak berbuka nanti baru potong puding caramel. Entri yang lain la Cie share kejadian puding caramel yang terskip step tapis adunan dan tersalah sukat susu cair. Hahahah


Adik Rania la tukang play video kat handphone dia. Susu cair tu patut 2 cawan tapinya Cie terguna cawan yang 1/2 tu Cie letak 2 kali sebab nampak dalam video KA tu dia sukat 2 kali. Silap faham. Kiranya secawan la susu cair tu. Entahla menjadi ke tak.

Tu yang tak berkenan tengok resipi video ni. Nak menyalin tu malas. Cie lebih suka resipi bertulis senang nak sukat bahan. Step tu ok la tengok video. Kalau menjadi nanti Cie share entri lain. 




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sama ngan akak kul 2pm h start buat popia Crab Rangoon..dalam kul 5pm td start masak lauk utama...

    BalasPadam
  2. Seronok baca menu berbuka Cie hari ni 😍Puding caramel resipi Khairul Aming memang tengah viral sekarang...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.