17 Februari 2026
Setelah lama dapur Cie tak berasap sempat la jugak masak menu dinner yang simple je.
Tomyam ayam ada sekali cendawan, carrot, tomato ceri. Leburkan je sekali. Walaupun takde daun limau purut tetap sedap jugak. Cie letak daun ketumbar.
Kalau menu tomyam, mesti kena ada menu telur dadar. Sayur pulak ulaman jela ada timun, kacang panjang dan salad. Sambal belacan pun ada masa nak makan baru keluarkan dari fridge.
18 Februari 2026
Semalam beli barang dapur Cie beli kambing. Yang dah siap potong tu senang nak masak. Rebus siap-siap dalam periuk noxxa. Simpan dalam freezer. Petang tadi sebelum mula masak Cie keluarkan.
Cie masak gulai kambing letak bendi, ayam goreng tepung, telur masin, ikan masin, acar timun. Adik Rania tak makan kambing tu yang masak jugak ayam untuk dia.
Kompilasi Menu Dinner
Buat masa ni last la kompilasi menu dinner. Kita akan share menu berbuka pulak. Sama macam tahun lepas setiap hari Cie buat blog post menu berbuka. Tahun ni InsyaAllah akan buat jugak.
Tak schedule la memang lepas masak terus buat posting. Sementara menunggu waktu berbuka tu boleh la post. Semoga dipermudahkan.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.