Menu Sahur 2 Ramadan 1447

Alhamdulillah pagi ni dapat bangun sahur 2 Ramadan 1447H. Cie bangun 5.30am. Set alarm 5.25am dan 5.30am. 

Kalau ikutkan mengantuk sebabnya tak boleh tidur. Perut Cie jadi macam kembung (tak boleh describe sakit macam mana). Rasanya kembung la tu. Sebelum ni banyak kali dah kena mesti tengah malam. 

Cie siap beli tungku dah untuk bertungku. Minum prebiotik probiotik baru la tahan. Malam tadi malas nak bangun jadinya sapu aromatherapy jela. Mata pejam tapi tak tidur pun. Lelap kejap terjaga semula. Yang pelik sakit Cie ni bila dekat nak siang ok pulak.


Mujur la boleh terjaga bila bunyi alarm. 10 minit siap bancuh menu sahur 2 Ramadan pagi ni. Vico ais untuk anak-anak. Anak-anak Cie sejak belajar puasa memang minum Vico je taknak nasi segala lauk tu. Pernah je masak tapi tak makan. 

Cie try ESP Strawberry ni flavour baru. Puasa ni baru la Cie beli untuk sahur. Memang sedap rasa macam lactel bliss tu. Yang coklat semalam rasa cinch chocolate.

Performance Drink Orange pulak untuk kami bertiga. PD ni bagus untuk mengekalkan paras air dalam badan. Alhamdulillah kalau minum PD ni takde rasa dahaga sepanjang puasa.

Ada yang tanya suami tak makan nasi ke? Faiz tak makan nasi sahur. Dia minum air dan makan kurma je. Memang dari dulu macam tu.

Air masak pun minum jugak selepas minum 2 jenis air tu. Siap sahur dalam 5-10 minit. Sementara tunggu azan dan nak bersiap pergi kerja Cie sempat la buat 1 entri menu sahur dan blogwalking.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Senang kerja Cie macam ni, tak payah nak masak² bagai..hihi..

    BalasPadam
  2. Uncle kalau sahur air dengan kurma... nanti tengah hari makan lagi... hehehe

    BalasPadam
  3. Senang la kerja macam tu, bancuh air je. Selamat berpuasa, Cie.

    BalasPadam
  4. Mudah begini. Senang jew nak sahyr kan Cie.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki omaknya tidak perlu pening kepala hendak masak apa masa sahur sebab satu keluarga simple aje keperluannya

    BalasPadam
  6. Wah baguslah menu sahur sangat ringkas!

    BalasPadam
  7. sama macam sy agaknya... hari tu tak boleh tidur sebab perut rasa lain macam... tak sakit, tak membuang... tu laa mungkin kembung agaknya

    BalasPadam
  8. Kalau saya biasanya minum minuman hangat gitu saat sahur. Kalau minuman dingin saat buka puasa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.