Pagi tadi keluar rumah lambat sikit. Pagi-pagi hujan tu yang malasnya nak keluar, mata pun mengantuk je bila sejuk-sejuk kan. Keluar rumah dah 9 lebih. Plan nak makan di Kopi Stesen. Ramai sangat orang sampai kat luar kedai penuh. Jadinya tukar la tempat lain.
Faiz ajak makan di Restoran Kuah jela senang nanti terus beli barang dapur kat BE Freshmart depan tu je. Sampai kat Restoran Kuah takde orang pun cuma 1-2 meja je ada customer.
Kami pun order maggi goreng 2 untuk adik Rania dan kakak Raisha. Cie order capati la macam biasa. Order 2 roti canai untuk Faiz dan adik Rania. Adik Rania makan 2 jenis ye. Lepas tu Faiz order jugak roti tisu. Share la kami 4 beranak.
Kemain meriah menu sarapan kami pagi tadi. Last la makan menu sarapan di Restoran Kuah sebelum puasa. Nanti sebulan puasa takde sarapan di kedai dah.
Lepas siap makan sarapan terus ke BS jalan kaki je menyeberang jalan. Hujan pulak masa tu. Redah jela malas nak naik kereta. Faiz sorang je naik kereta ubah parking ke depan BS.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.