Kak Notie ni memang pemurah. Selalunya GA beliau takde syarat pun cuma komen SAYA NAK je. Kalau sempat komen ada la rezeki dapat. Rezeki Cie hari tu orang ke 4 yang komen.
Rasanya sesi kedua dah tu. Sesi pertama dulu Cie tak sempat join. Sesi kedua ni mujur sempat. Alhamdulillah rezeki dapat kain pasang yang cantik.
Minggu lepas dah nampak rakan blogger lain update dah terima. Cie punya tak pasti bila sampai sebab Cie takde di rumah dari 12 Februari sampai 14 Februari baru Cie balik. Sampai je malam tu tengok ada parcels atas tembok gate.
Memang dah agak parcel dari Kak Notie. Masa tu Cie hanya 1 je beli barang di Shopee dan dah sampai 12 Februari tu ada masuk notification.
Alhamdulillah terima kasih banyak kak Notie. Semoga rezeki akak sentiasa melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan akak dan keluarga.
Lepas puasa la agaknya nanti baru hantar ke tailor sekali dengan kain untuk majlis kenduri sepupu husband nanti. Boleh la pakai raya haji baju hadiah ni. Sekarang ni tailor tak terima dah rasanya kalau hantar pun.



2 Ulasan
Tahniah.. rezeki Cie
BalasPadamCantik corak ros. Alhamdulillah.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.