Terima Hadiah Give Away Baju Raya

Minggu akhir Januari 2026 hari tu Cie blogwalking semua blog rakan blogger dan terjumpa la post blog kak Notie Give Away Baju Raya Cie pun terus cuba nasib komen kat situ.


Kak Notie ni memang pemurah. Selalunya GA beliau takde syarat pun cuma komen SAYA NAK je. Kalau sempat komen ada la rezeki dapat. Rezeki Cie hari tu orang ke 4 yang komen.


Rasanya sesi kedua dah tu. Sesi pertama dulu Cie tak sempat join. Sesi kedua ni mujur sempat. Alhamdulillah rezeki dapat kain pasang yang cantik.

Minggu lepas dah nampak rakan blogger lain update dah terima. Cie punya tak pasti bila sampai sebab Cie takde di rumah dari 12 Februari sampai 14 Februari baru Cie balik. Sampai je malam tu tengok ada parcels atas tembok gate. 

Memang dah agak parcel dari Kak Notie. Masa tu Cie hanya 1 je beli barang di Shopee dan dah sampai 12 Februari tu ada masuk notification.

Alhamdulillah terima kasih banyak kak Notie. Semoga rezeki akak sentiasa melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan akak dan keluarga.

Lepas puasa la agaknya nanti baru hantar ke tailor sekali dengan kain untuk majlis kenduri sepupu husband nanti. Boleh la pakai raya haji baju hadiah ni. Sekarang ni tailor tak terima dah rasanya kalau hantar pun.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Cantik corak ros. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tahniah, Cie. Sama la, kita pun hantar tailor lepas raya nanti.

    BalasPadam
  3. Baguuus motifnya kak . Sesuai utk baju kurung yaaa. Dah ramai tutup semua tailor 😅. Memang hrs jauh2 hari kalau nak jahit utk raya kan

    BalasPadam
  4. cantik corak warna lembut. boleh matching dgn tudung merah, pink atau purple ikut kaler bunga tu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Tahniah Cie.... Cantik kan kainnya... Lembut ja..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah .. tahniah ..lepas raya ni boleh la cari Tailor untuk tempah baju ..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Takpe yang penting nanti berbaju baru. hehehe

    BalasPadam
  8. Alhamdulilah baju Cuya dapat, Cuya dah hantar tempahan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.